JUARA bertahan Adrianus Adi mempertahan kejuaraan badminton Red Bull Smash Zone yang dimenanginya tahun lalu; dengan menewaskan peserta Malaysia Chian Chin Yong 21-9 di final yang diadakan di Dewan Sukan Pasir Ris, petang Ahad.

Bekas pemain nasional di peringkat belia itu memenangi $800 serta barangan Li-Ning dan Canon.

Final wanita dimenangi Mok Jin Qiong yang menewaskan juara bertahan Joy Lim 21-11.

Pertandingan badminton unik ini melibatkan dua pemain yang berlumba mencapai 21 mata dalam set tunggal.

Sebahagian gelanggang dikhususkan sebagai 'Smash Zone'; di mana peserta mengutip mata tambahan jika bulu tangkis jatuh dalam zon ini.