Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Afiq syukur diberi kepercayaan tampil beraksi

Jul 27, 2019 | 05:30 AM



BELIAU menjadi antara tunggak benteng pertahanan Hougang United musim ini.



Malah, beliau juga merupakan pemain yang telah ditampilkan dalam kesemua 16 perlawanan pasukan The Cheetahs pada musim Liga Perdana Singapura (SPL) ini.



Ini bagaikan tuah yang berbeza jika dibandingkan dengan peluang yang diperolehinya sekitar setahun lalu.



"Ini merupakan kali pertama dalam kerjaya saya sebagai pemain bola sepak di mana saya dapat beraksi dalam setiap perlawanan sejauh ini tanpa sebarang masalah kecederaan atau mendapat kad kuning.



"Ia satu pencapaian besar yang tidak saya jangkakan dan saya hanya dapat bersyukur kerana diberi peluang ini," kata pemain bek tengah berusia 29 tahun itu.



Afiq membuat keputusan untuk berpindah ke Hougang pada musim ini kerana ingin mendapatkan lebih banyak peluang beraksi selepas mendapati penampilannya di Tampines Rovers terhad.



Pemain yang dipinjamkan ke Geylang International sepanjang musim lalu mendedahkan bahawa masalah gout yang dialami sejak 2015 juga memainkan peranan besar dalam kemerosotan persembahannya.



"Saya tidak dapat bermain dengan baik dan masalah ini menjejas latihan atau rentak permainan saya. Hampir tiga tahun saya terpaksa menahan kesakitan ini ketika beraksi," ujar pemain tinggi lampai itu.



Sepanjang masa itu beliau perlu memastikan beliau sentiasa menjaga tahap kesihatan dengan kekal hidrat dan menjaga pemakanannya serta mengambil ubat yang diberikan doktor untuk mengelak gout itu daripada berulang.



"Alhamdulillah sudah hampir dua tahun saya tidak mengalami masalah ini dan mampu beraksi di dalam padang dengan tenang, tetapi saya tidak mampu mengambil sikap sambil lewa," tegasnya.



Kecemerlangan Afiq ketika menyarung jersi Hougang juga telah menyaksikannya menjaringkan dua gol dan beliau memberi pengiktirafan kepada jurulatihnya, Clement Teo, kerana meletakkan kepercayaan terhadap dirinya.



Bagi pemain yang sebelum ini pernah beraksi buat Young Lions, LionsXII dan Home United, kepercayaan itu telah memberinya peluang untuk menonjolkan bakatnya.



Afiq yang masih menyimpan impian untuk menyarung jersi negara sekali lagi berkata:



"Di kelab lain mungkin saingan merebut posisi ini lebih sengit kerana mereka mempunyai lebih ramai pemain berbakat.



"Apabila diberi peluang beraksi saya cuba untuk tidak meletakkan tekanan dan akan memberikan yang terbaik.



"Sebagai pemain berpengalaman juga, saya cuba untuk membantu rakan sepasukan saya yang lain, terutama pemain muda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >