Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agen Fifa akui tumbuk rusuk

Mar 10, 2016 | 3:35 PM
AKUI RASUAH: Bekas ejen perlawanan FIFA, Miguel Trujillo. mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan New York membabitkan empat pertuduhan pengubahan wang haram, penipuan kewangan telekomunikasi dan pulangan cukai palsu. - Foto
AKUI RASUAH: Bekas ejen perlawanan FIFA, Miguel Trujillo. mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan New York membabitkan empat pertuduhan pengubahan wang haram, penipuan kewangan telekomunikasi dan pulangan cukai palsu. - Foto - EPA

NEW YORK (Amerika Syarikat): Bekas ejen perlawanan Persekutuan Bola SepakAntarabangsa (Fifa), Miguel Trujillo, 65 tahun, mengaku pernah membantu membayar rasuah dengan jumlah yang besar kepada pegawai bola sepak Amerika Tengah dan Caribbean.

Pengakuan beliau sekali gus meningkatkan api kemarahan peminat terhadap badan induk bola sepak dunia itu.

Trujillo yang juga penasihat bola sepak dari Colombia tetapi menetap di Amerika mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan New York membabitkan empat pertuduhan, yakni pengubahan wang haram, penipuan kewangan telekomunikasi dan pulangan cukai palsu.

Dia juga mendedahkan maklumat terperinci berhubung Konfederasi Bola Sepak Utara, Tengah Amerika dan Caribbean (CONCACAF) bahawa mereka mampu mencabar rayuan tidak bersalah oleh pegawai sedia ada dan bekas pegawai CONCACAF yang berdepan dakwaan.

Pada tahun lalu Amerika menuduh beberapa individu kanan FIFA - kebanyakannya daripada Amerika Latin - tumbuk rusuk, melakukan penipuan kewangan telekomunikasi dan penggubahan wang haram.

Ramai individu diheret ke mahkamah Amerika tetapi hanya sebilangan kecil membuat pengakuan bersalah.

Ada antara mereka yang dikenakan perintah berkurung di rumah sementara menunggu perbicaraan, manakala yang lain masih belum ditangkap dan diekstradisikan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg