Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Aguero jaring empat gol bagi City, Kane benamkan Arsenal

Feb 11, 2018 | 01:26 PM



LONDON: Sergio Aguero menjaringkan empat gol pada babak kedua apabila Manchester City terus mara ke arah mahkota  Liga Perdana dengan kemenangan 5-1 ke atas Leicester pada Sabtu (10 Februari) untuk mendahului pasukan tempat kedua, Manchester United, dengan 16 mata.

 

Aguero kini berada hanya dua gol di belakang penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane dalam perlumbaan bagi but emas.



Satu lagi gol City dijaringkan oleh Raheem Sterling, sementara Jamie Vardy menyumbatkan gol Leicester.



Dalam satu lagi perlawanan,    Kane menjaringkan gol tunggal Tottenham dalam kemenangan 1-0 ke atas  Arsenal di  Wembley.



Di hujung liga,   kebangkitan Swansea yang menakjubkan di bawah Carlos Carvalhal berterusan apabila tendangan   baik Ki Sung-Yueng sembilan minit sebelum perlawanan berakhir menghasilkan  kemenangan 1-0 ke atas Burnley untuk ia bergerak ke tangga ke-14.



West Ham juga mengurangkan kebimbangan penyingkiran mereka apabila gol oleh  Javier Hernandez dan Marko Arnautovic memastikan mereka bergerak lima mata dari zon penyingkiran dengan kemenangan 2-0 ke atas Watford.



Stoke City kekal di tangga ke bawah apabila tendangan penalti  Charlie Adam  pada  masa tambahan diselamatkan dalam keputusan seri   1-1 melawan Brighton, sementara Everton menewaskan  Crystal Palace 3-1. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >