Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI BOLA SEPAK

Aguero 'rehat' 3 bulan; rawatan jantung dipantau rapi

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



NOU CAMP: Barcelona telah mengumumkan bahawa Sergio Aguero tidak dapat beraksi selama tiga bulan selepas mengalami kesakitan di dada dalam perlawanan dengan Alaves pada Sabtu lalu.



Aguero, 33 tahun, menjalani ujian jantung di hospital selepas insiden itu.



Beliau kini sedang menjalani rawatan di sana, sementara kesihatannya dipantau rapi.



Dalam kenyataannya, Barcelona berkata:



"Dalam tempoh tiga bulan akan datang, keberkesanan rawatan ini akan dinilai lagi untuk mendapat kepastian mengenai proses pemulihan yang diperlukan."



Aguero, yang pada musim lalu meninggalkan juara Liga Perdana England (EPL) Manchester City secara percuma, menerima rawatan selama beberapa minit di padang, sebelum dikejarkan ke hospital.



Aguero beraksi dalam perlawanan itu selepas diketepikan dari awal musim gara-gara kecederaan yang dialaminya semasa sesi latihan Barcelona dalam pramusim.



Aguero telah mengikat kontrak dua tahun dengan Barcelona selepas mewakili City selama 10 tahun. Di Manchester, beliau telah mencipta rekod sebagai penjaring gol terbanyak kelab itu dengan 260 gol dalam 390 penampilan.



Bercakap kepada media semalam, jurulatih sementara Barcelona Sergi Barjuan berkata: "Saya telah berbual dengan beliau dan beliau dalam keadaan tenang."



Barcelona telah memecat jurulatih Ronald Koeman, beberapa hari lalu, selepas permulaan hambar musim baru ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >