Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SEPANYOL: TANDATANGAN DIBURU

Aguero sertai Barca

Jun 02, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Penyerang Manchester City Sergio Aguero akan menyertai Barcelona dengan kontrak dua tahun selepas kontraknya dengan City luput di akhir Jun.



Aguero, 32 tahun, meninggalkan City selepas berkhidmat 10 tahun di kelab itu, tempoh di mana beliau menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarahnya, menyumbat 260 gol dalam 390 perlawanan.



Beliau menyarung jersi City buat kali terakhir di final Liga Juara-Juara Eropah, di mana City tewas kepada Chelsea.



"Kita semua tahu Barcelona adalah kelab terbaik di dunia," kata Aguero.



"Saya tahu saya telah membuat keputusan yang hebat untuk ke sana dan tentu sekali ia satu langkah ke hadapan dalam kerjaya saya.



"Saya amat gembira dan berharap dapat membantu pasukan memenangi pelbagai trofi."



Difahami, kontrak Aguero dengan Barcelona akan memuatkan klausa yang membenarkan beliau meninggalkan kelab itu dengan bayaran £86 juta ($162 juta).



Aguero, yang telah memenangi 15 trofi utama di City akan menyertai rakan senegara Lionel Messi di Nou Camp, dengan kelab itu memburu kedudukan lebih baik daripada tangga ketiga dalam liga yang diperolehi musim ini.



City mengakhiri musim di belakang juara Atletico Madrid dan Real Madrid, selepas ia menjual Luis Suarez kepada Madrid dengan harga hanya £5.2 juta.



Barca tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Paris St-Germain, tetapi memenangi Copa del Rey pada April selepas menewaskan Atletic Bilbao.



Messi adalah penjaring gol terbanyak kelab itu, dengan 38 gol dalam semua pertandingan, sementara pasangan dari Perancis Antonie Griezmann dan Ousmane Dembele masing-masing menjaringkan 20 gol dan 11 gol. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >