Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KE-29: ATLETIK

Air mata kecewa Shanti...

Aug 25, 2017 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Keceriaan yang biasanya terpancar pada wajah Shanti Pereira selepas setiap perlumbaan tidak kelihatan kelmarin, sebaliknya air mata kekecewaan tidak dapat dibendung dan terus mengalir sebaik-baik tamat perlumbaan pecut 100 meter wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur kelmarin.



Selepas melepasi garisan penamat trek Stadium Bukit Jalil di belakang pelari Malaysia dan Vietnam, Shanti seolah-olah tidak percaya dengan keputusan yang tertera di skrin di stadium; beliau sekadar di tangga ketiga, sekali gus gagal mempertahan kejuaraannya yang dimenanginya di Sukan SEA Singapura 2015.



Beliau mencatat masa 23.68 saat, manakala atlit Malaysia Husniah Zulkifli tamat di tempat kedua dengan masa 23.64 saat.



Emas acara itu disambat pelari Vietnam Le Tu Chinh yang menamatkan perlumbaan dengan masa 23.32 saat untuk bergelar juara berganda selepas turut memenangi perlumbaan reben biru 100 meter sebelum ini.



Tanpa sepatah kata, Shanti langsung menuju ke satu sudut bersama jurulatih Margaret Oh dan pengurus pasukan Yip Ren Kai diikuti anggota daripada Athletics Singapore (SA) lain yang cuba memujuknya.



Mereka dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Shanti dengan pelari itu kelihatan mengesat air matanya sebelum ke padang sekali lagi untuk menerima pingat gangsa yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Tan Chuan-Jin. Encik Tan turut dilihat memberikan kata-kata perangsang kepada atlit berusia 20 tahun itu.



Semasa ditemui media, Shanti, yang masih tidak dapat menahan air matanya, berkata: "Saya gagal berlumba seperti yang dirancangkan.



"Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya... sepanjang perjalanan ini... keluarga, teman-teman dan semua yang ke sini (Kuala Lumpur) serta semua yang menyokong di Singapura."



Menghela nafas panjang, beliau menambah: "Saya amat menghargai mereka semua, termasuk jurulatih saya yang telah melatih saya begitu lama. Saya telah memberikan yang terbaik hari ini, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana menyokong."



Semasa ditemui, jurulatih atlit berkenaan, Margaret Oh, pula mengulas: "Beliau berlari agak pantas pada permulaan perlumbaan, kerana itu beliau semakin penat apabila menghampiri garisan penamat.



"Juga, beliau ditempatkan di lorong di hadapan pelari yang lebih pantas, jadi beliau tidak dapat melihat pelari utama lain semasa berlumba."



Oh menambah bahawa ini pertama kali beliau melihat Pereira begitu tertekan sebelum perlumbaan.



"Mungkin beliau berasa takut tidak dapat memberikan persembahan yang baik... inilah yang membuat beliau berasa tertekan.



"Semestinya juga tekanan yang dirasakan dalam mempertahan kejuaraan.



"Saya hanya memberitahu Shanti bahawa beliau telah melakukan yang terbaik, dan kini masanya memandang ke hadapan dan meletakkan sasaran bagi perlumbaan seterusnya.



"Jangan fikirkan sangat apa yang sudah berlaku," ujar jurulatih itu lagi sambil mengakui prestasi hebat yang dipamerkan atlit Vietnam yang menjuarai acara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >