SYDNEY telah menjadi rumah dan juga tapak latihan sepenuh masanya sejak 2015, namun pendayung negara, Saiyidah Aisyah Mohamad Rafa'ee, ingin mencari persekitaran baru.
Beliau yang kini berusia 29 tahun telah pulang ke Singapura minggu ini untuk berehat seketika sebelum ke Eropah bulan depan, dengan beliau bakal bersaing dalam beberapa pertandingan menjelang Kejohanan Dayung Dunia di Florida, Amerika Syarikat.