SAIYIDAH AISYAH Mohammed Rafa'ee telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 - pendayung nasional dan anak Melayu pertama meraih pencapaian itu.
Beliau memenangi Final B acara 2,000 meter single sculls (perahu perseorangan) dalam masa 7 minit 53.13 saat (7:53.13) - masa ketujuh terpantas di Regatta Kelayakan Olumpik Benua Asia & Oceania di Chung-ju, Korea Selatan pada 25 April.
Tujuh peserta terpantas melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Enam peserta yang mendahulu Aisyah - dari Indonesia, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam - beraksi dalam Final A.
Aisyah menewaskan peserta dari Thailan Phuttharaksa Neegree (7:54.22) dan pendayung dari Qatar Tala Aladin Abujbara (7:55.66) dalam Final B.
Saksikan perlumbaan Aisyah di Final B di sini:
[embed]https://www.facebook.com/hiroshi.sugito/videos/10207787914128531/[/embed]