MENDAYUNG: LALUAN KE SUKAN OLIMPIK DI RIO DE JANEIRO
Aisyah tenang di hari penentuan
Pertandingan di Korea Selatan peluang terakhir rebut tempat ke Brazil
Apr 22, 2016 | 05:30 AM
MENJELANG perlumbaan paling genting dalam kerjayanya, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee tetap tenang dan tidak menunjukkan sebarang perasaan gemuruh.
Puteri mendayung negara itu berpangkalan di Sydney, Australia, tetapi kini berada di Chungju, Korea Selatan, bertanding di Regatta Kelayakan Tanah Besar Asia & Oceania Persekutuan Mendayung Antarabangsa (FISA) yang berlangsung hari ini hingga 25 April.