BOLA SEPAK BELANDA
Ajax Amsterdam jadi juara berganda selepas juarai liga Belanda
May 17, 2019 | 05:30 AM
DOETINCHEM (Belanda): Ajax Amsterdam berjaya dijulang sebagai juara liga Belanda, Eredivisie, buat kali ke-34 kelmarin selepas menewaskan De Graafschap 4-1, sekali gus melengkapkan kemenangan 'double' seminggu selepas disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Tottenham Hotspurs.
Jaringan Lasse Schoene, Nicolas Tagliafico dan Dusan Tadic, menyaksikan pasukan bimbingan Erik ten Hag memenangi perlawanan liga buat kali kelapan berturut-turut.