Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Akademi Bola Sepak Sekolah akan tawar program biasiswa bagi pemain

Jul 24, 2022 | 05:30 AM



AKADEMI Bola Sepak Sekolah (SFA) akan menganjurkan lebih banyak kejohanan dan menawarkan program biasiswa pelbagai rupa, termasuk latihan jangka pendek dan biasiswa bola sepak jangka panjang di luar negara menjelang tahun depan.

Ini diumumkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong semalam.

"Sebahagian besar pemain muda terbaik kita harus diuji sebaik mungkin. Jadi, kami mahu bakat muda kita ke luar negara.

"Ia sebahagian rancangan kami - mengadakan program biasiswa pelbagai rupa yang bukan akan menghantar pemain bola sepak terbaik kita ke program latihan jangka pendek di luar negara sahaja, malah akan menerokai biasiswa bola sepak jangka panjang.

"Ini agar kita dapat meletak mereka dalam sekitaran yang mereka akan bermain serta makan, tidur dan fikir tentang bola sepak," kata beliau di pelancaran SFA di Sekolah Menengah Jurongville semalam.

Menurutnya, lebih banyak kejohanan belia akan dianjurkan di Stadium Negara awal tahun depan, berikutan pengambilalihan Hab Sukan Singapura oleh Sport Singapore daripada SportsHub Pte Ltd bagi agensi sukan negara itu memiliki dan menguruskan hab sukan itu.

"Bermain di Stadium Negara menimbulkan perasaan membanggakan. Ia akan memberi inspirasi kepada pemain muda ini untuk kembali bermain di stadium itu sebagai pemain nasional untuk Singapura," ujar beliau.

SFA ditubuhkan di 10 sekolah menengah sejak Januari lalu, iaitu Sekolah Menengah Monfort, Sekolah Menengah Sengkang, Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Anglo-Chinese (Barker), Sekolah Menengah Queensway, Sekolah Menengah Serangoon Garden, Sekolah Menengah Meridian, Sekolah St Patrick, Sekolah Assumption English dan Sekolah Menengah Jurongville.

Akademi bola sepak itu bertujuan menjadi pembekal pemain muda cekap dari segi teknikal, dan sebahagian ekosistem pemain muda di kelab bola sepak tempat tempatan dan akademi swasta. Ia juga sebahagian projek 'Unleash The Roar!' (UTR), yang menetapkan sasaran bagi pasukan nasional melayakkan diri ke Piala Dunia 2034.

Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, yang juga pengerusi jawatankuasa eksekutif UTR, berkata "terlalu awal" untuk mengulas tentang kemajuan projek itu.

"Jika kita lihat kembali terasnya, projek ini melibatkan seluruh masyarakat dan bukan hanya pemerintah, FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura), sekolah serta pemain bola sepak muda. Ia mengenai usaha bersama semua dengan visi yang sama untuk menaikkan taraf bola sepak Singapura," ujarnya.

SFA dikendalikan jurulatih dari Sepanyol - menerusi perkongsian antara liga tertinggi Sepanyol, La Liga, dan Singapura - dan tempatan. Pemain akademi itu juga disokong ahli sains sukan Institut Sukan Belia Nasional.

Penolong jurulatih SFA di Sekolah Menengah St Patrick dan Montfort, Afiq Yahya, 31 tahun, berkata: "Dalam permainan bola sepak moden, segalanya tentang pungutan data. Jadi, dengan pemain muda diberi alat seperti penjejak GPS semasa latihan atau perlawanan, ia dapat membantu persembahan mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >