NASIB BERBEZA DUA 'KUASA' SUKAN ASIA TENGGARA
Akhbar Thai bidas prestasi hambar atlit sendiri
Aug 30, 2017 | 05:30 AM
BANGKOK: Sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang popular di sini menggesa rombakan dilakukan terhadap program sukan di Thailand menyusuli pencapaian atlit negara itu yang dikatakan mengecewakan sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur.
Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya kelmarin berkata bahawa negara itu gagal terutama dalam (acara) 'sukan-sukan antarabangsa' pada temasya dwitahunan berprestij itu.