CABARAN SUKAN SETEMPAT: BOLA SEPAK
Akhirnya, FAS dapat tumpu pada bola sepak...
Jul 03, 2017 | 05:30 AM
AKHIRNYA Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kian mampu menumpukan perhatian sepenuhnya pada tugas utamanya - bola sepak dan pembangunan sukan nombor satu itu di sini - dan bukannya perkara-perkara lain di luar padang!
Dengan penampilan majlis baru yang menerajui FAS - diketuai peguam, Lim Kia Tong - pembaharuan yang dinanti-nantikan giat diusahakan dengan presiden baru FAS itu dan pasukannya berikrar untuk memperbaiki tatacara pentadbiran yang telus dengan membuat "pembersihan menyeluruh" bagi mengembalikan kewibawaan sukan itu.