Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

Akhirnya mimpi buruk Moyes dipecat Man U berakhir

Feb 14, 2021 | 05:30 AM



LONDON: West Ham telah mencatatkan peningkatan yang ketara di bawah kendalian David Moyes hingga tercetus rasa kecewa yang menyelubungi kelab itu apabila mereka hanya mampu seri 0-0 ketika perlawanan menentang Fulham minggu lalu.



Sekiranya mereka berjaya memungut tiga mata di Craven Cottage, The Hammers berpeluang melonjak ke tangga keempat Liga Perdana England (EPL) - kedudukan terbaik yang pernah mereka capai sejak musim 1985-86 apabila mereka tamatkan musim di tangga ketiga di bawah bimbingan John Lyall.



Meskipun begitu, penyokong West Ham dapat berbangga dengan prestasi pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi selepas 23 perlawanan sejak kempen tahun 80-an yang bersejarah itu.



Dalam pada itu, mereka juga telah memungut jumlah mata yang sama - iaitu 39 mata - yang telah mereka perolehi sepanjang musim lalu.



Oleh itu, Moyes berhak menerima pujian atas peningkatan ini.



Kontrak beliau tamat pada penghujung musim ini dan pengamat bola sepak menjangkakan West Ham bakal melanjutkan khidmat Moyes dalam masa beberapa bulan ini.



Sebelum ini Moyes pernah dilantik sebagai pengurus Manchester United selama lapan bulan pada musim 2013-14 sebelum dipecat. Bagaimanapun peluang Moyes membuktikan bahawa beliau masih 'menyengat' kepada bekas kelabnya Manchester United tidak kesampaian apabila West Ham kalah 0-1 dalam Piala FA di Old Trafford awal minggu.



MENGUBAH CARA WEST HAM



Meskipun sebelum ini Moyes pernah dilantik West Ham hanya selama enam bulan pada musim 2017-18, Moyes menganggapnya sebagai satu pengalaman berharga.



Selepas kontraknya tidak diperbaharui, Moyes mulakan perbincangan dengan Everton untuk kembali sebagai pengurus kelab Goodison Park itu.



Namun begitu, melihat pada pencapaian Moyes bersama kelabnya, pemilik West Ham, David Sullivan, mengambil keputusan untuk mendapatkan semula khidmat pengurus berusia 57 tahun itu.



Sejurus dilantik, Moyes tidak membuang masa untuk mendapatkan tenaga pemain 'midfield' Republik Czech, Tomas Soucek, yang dipinjamkan dari Slavia Prague.



Ia terbukti satu langkah yang berjaya membuahkan hasil. Pemain berusia 25 tahun itu memainkan peranan penting dalam membantu kelab itu kekal di EPL musim lalu.



West Ham turut memperolehi khidmat rakan sepasukan Soucek, Vladimir Coufal, yang dibeli dengan harga £5 juta.



Kededua Soucek dan Coufal adalah dua pemain yang mendapat perhatian pada musim tersebut, namun lebih daripada itu, jual beli pemain yang dilakukan Moyes juga telah mendapat kepercayaan pemilik kelab itu.



Ini merupakan sebab utama mengapa kelab itu tidak mendapatkan pemain baru untuk menggantikan Sebastian Haller yang menjadi pemain termahal yang pernah dibeli West Ham ketika itu.



"Kami mempunyai wang dan pernah mencuba, tetapi saya rasa mendapatkan pemain dengan harga yang terlalu mahal bukanlah caranya," kata Moyes baru-baru ini.



"Apa yang tidak akan saya lakukan adalah untuk membeli pemain hanya untuk memuaskan hati sesetengah pihak."



MENGIKUT MODEL EVERTON



Jose Mourinho pernah mengatakan bahawa Moyes telah menemukan "Fellaini baru" di dalam persembahan Soucek, selepas West Ham berjaya bangkit semula dari ketinggalan 0-3 untuk mendapat keputusan seri ketika menentang Tottenham Hotspur Oktober lalu, namun ia dilihat sebagai satu sindiran terhadap taktik yang digunakan Moyes.



Namun begitu, dalam sindiran tersebut, Mourinho turut mengetengahkan tempoh terbaik sepanjang kerjaya Moyes di Everton, yang menyaksikan beliau dipilih sebagai pengurus yang mengambil alih Sir Alex Ferguson di United.



Sepanjang 11 musim bersama Everton, Moyes berjaya membantu kelab itu memperolehi kedudukan di tangga kelima sebanyak dua kali dan sekali di tangga keempat, selain dirinya sendiri dinobat sebagai pengurus terbaik liga sebanyak tiga kali.



Dan Moyes telah menggunakan pendekatan yang sama di London timur seperti yang dilakukannya di Merseyside.



Di samping itu, terdapat hubungan erat antara pemain/jurulatih dengan pihak pentadbiran, yang tidak sering berlaku di West Ham dan pasti tidak wujud ketika Pellegrini berada di pucuk pimpinan.



Tidak seperti ramai pengurus lain yang tinggal di pangsapuri, jauh dari keluarga mereka, Moyes mengambil keputusan untuk menetap bersama keluarganya secara setempat di London.



Beliau yang terawal untuk tiba di tempat latihan awal dan yang terakhir meninggalkan tempat itu.



Apabila pemain diberi cuti rehat, Moyes akan kembali untuk menjalankan tugasnya.



Moyes juga seorang yang aktif melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan kelab itu dan merupakan antara kakitangan kelab yang menghubungi para peminat sewaktu tempoh sekatan perjalanan.



Di padang bola sepak, para pemainnya kini mampu menerima kaedah yang diperkenalkan Moyes.



Hubungan positif beliau dengan kapten pasukan Mark Noble juga dilihat sebagai satu perkara yang penting.



Pada ketika Noble hampir dipinggirkan dari kesebelasan utama pasukan, Moyes mengambil keputusan untuk mengekalkan pemain veteran yang juga merupakan peminat setia kelab itu.



Kededua Moyes dan Noble sering mengadakan perbualan sehala dan Moyes akur bahawa Noble memahami West Ham dengan lebih mendalam berbanding dirinya.



DALAM PROSES BINA SEMULA



Moyes tidak banyak sesiakan masa lapangnya. Selain tugas mengendalikan pasukan West Ham, beliau juga menyumbang kepakarannya di bahagian teknikal Uefa, membuat analisa terhadap perlawanan Liga Juara-Juara bagi mengikuti perkembangan aspek latihan dalam permainan sukan bola sepak.



Walaupun pernah berasa kecewa ketika di Real Sociedad dan Sunderland selepas dipecat sebagai pengurus United, Moyes tidak pernah hilang kepercayaan terhadap kemampuannya.



"Kami berada pada tahap yang lebih baik sekarang berbanding kali terakhir saya berada di sini," katanya.



"Rancangannya ialah kita menubuhkan sebuah pasukan muda yang dahagakan kejayaan.



"Kami mungkin perlu melalui jalan yang berliku-liku, tetapi apabila kami memulakan langkah tahun di Everton, kami tidak tahu berapa lama perjalanan itu dapat diteruskan. Terbukti ia adalah satu perjalanan yang menarik dan berjaya.



"Saya mahu kekal bersama West Ham seberapa lama yang mampu. Terdapat peluang untuk kami memperbaiki pasukan ini, dan saya rasa dengan pengalaman yang saya perolehi, ia dapat membantu pasukan ini," ujarnya. - Agensi berita




LAIN DARI YANG LAIN



Wujudkan hubungan erat pemain/jurulatih dengan pihak pentadbiran, yang tidak sering berlaku di West Ham.



Tidak tinggal di pangsapuri seperti kebanyakan pengurus, jauh dari keluarga. Moyes menetap bersama keluarga di London.




TAK SETUJU BELI BINTANG DENGAN HARGA TINGGI



“Kami mempunyai wang dan pernah mencuba, tetapi saya rasa mendapatkan pemain dengan harga yang terlalu tinggi bukanlah caranya.



Apa yang tidak akan saya lakukan adalah untuk menandatangani pemain hanya untuk memuaskan sesetengah pihak.”



MAHU KEKAL DI WEST HAM SEBERAPA LAMA YANG BOLEH



“Kami berada pada tahap yang lebih baik sekarang berbanding kali terakhir saya berada di sini.



... Saya mahu kekal bersama West Ham seberapa lama yang mampu. Terdapat peluang untuk kami memperbaiki pasukan ini, dan saya rasa dengan pengalaman yang saya perolehi, ia dapat membantu pasukan ini.’’




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >