Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA @ FILIPINA

Azam skuad floorball negara: Pingat emas

Akmal pikul tanggungjawab lebih besar sebagai pemain senior
Nov 11, 2019 | 05:30 AM



Empat tahun lalu, pasukan lelaki floorball negara berjaya menyingkirkan semua pesaing untuk memenangi pingat emas sulung mereka di pentas Sukan SEA. Sukan itu akan kembali membuat penampilannya dalam temasya sukan dwitahunan ini selepas ia tidak disertakan dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur. Ikuti laporan ANISA ABDULLLAH (bhnews@sph.com.sg) yang menyingkap persiapan pasukan negara dalam usaha mempertahankan takhta kejuaraan mereka di Filipina tahun ini.



WALAUPUN hanya berusia 24 tahun, pemain floorball negara Akmal Shaharudin sudah pun memiliki portfolio yang mengagumkan dalam kerjaya floorball-nya sejak menerima panggilan sulung beraksi untuk pasukan nasional pada usia 16 tahun.



Beliau ketika itu terpilih untuk bersaing dalam Kejohanan Floorball Asia-Pasifik 2012 di Jepun.



Sejak itu, namanya sering tersenarai dalam skuad pasukan nasional.



Akmal, yang telah mula berjinak dalam sukan tersebut pada usia sembilan tahun, telah mewakili negara dalam tujuh pertandingan antarabangsa.



Ini termasuk mewakili negara di Sukan SEA 2015 di mana Singapura menjuarai kejohanan itu.



Tahun ini merupakan kali kedua Akmal, yang juga terlibat dalam kejayaan di Piala Konfederasi Asia-Oceania (AOFC) 2019 di Filipina pada Julai lalu, dipilih beraksi di pentas Sukan SEA.



Dalam edisi lalu Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, sukan ini tidak dipertandingkan.



Namun, floorball akan membuat kemunculannya semula dalam edisi tahun ini di Filipina pada 30 November hingga 11 Disember ini dengan Akmal dan rakan-rakannya lain berazam meneruskan penguasaan Singapura dalam sukan ini.



Menurut Akmal, skuad nasional lelaki floorball tahun ini menampilkan pemain yang agak muda dengan kebanyakannya berumur di bawah 20 tahun atau dalam lingkungan awal 20-an tahun.



Hanya lima pemain senior termasuk Akmal yang akan membimbing pasukan itu.



Bagi beberapa pemain muda ini, sukan temasya itu merupakan pertandingan antarabangsa pertama mereka.



Mengongsi pengalaman bersaing di kejohanan antarabangsa sebelum ini, Akmal yang boleh bermain di semua bahagian permainan kecuali penjaga gawang, berkata:



"Permainan floorball di tahap antarabangsa bukan sahaja mencabar secara fizikal, malah juga secara mental. Pemain perlu membiasa diri bermain dalam suasana yang bising dan tertekan."



Lulusan Universiti RMIT itu, yang kini sedang memulakan kerjaya profesionalnya dalam floorball, juga menjangkakan persaingan sengit di Filipina nanti.



"Negara lain juga sedang bekerja keras dan mengatur taktik dan strategi masing-masing.



"Lantas, jika pemain muda kami berfikir bahawa Sukan SEA tahun ini serupa dengan edisi 2015, ia sebenarnya satu jangkaan yang silap kerana persaingan yang akan kami hadapi kali ini jauh berbeza dan lebih sengit," katanya lagi.



Sebagai persiapan mengharungi cabaran Sukan SEA kali ini, pasukan floorball negara telah meningkatkan tahap latihan mereka.



Jika dahulu proses persiapan lebih merangkumi aspek fizikal iaitu latihan kecergasan dan melakukan senaman di gim, sekarang pula ia lebih tertumpu kepada kemahiran teknikal untuk mendalami strategi menyerang dan mempertahankan benteng.



Membina persefahaman antara setiap pemain dalam pasukan juga penting bagi menghasilkan persembahan baik, ujarnya lagi.



Ditanya wartawan mengenai peluang pasukan negara menggenggam pingat emas sekali lagi, Akmal berkata:



"Sudah tentu kami ingin mempertahankan gelaran juara kami. Tetapi, kami tidak mahu meletakkan tekanan tambahan kepada diri sendiri.



"Kami tidak mahu fikirkan tentang perkara yang kami tidak boleh kawal 100 peratus. Yang paling penting sekarang adalah untuk kami memperbaiki prestasi dan yakin dengan proses permainan kami."



Selain giat berlatih di gelanggang, Akmal dan penjaga gol nasional, Jay Pal Singh Sidhu, 25 tahun, juga meluangkan masa membangunkan sukan itu menerusi laman sosial media.



Dinamakan 'floorballbros', akaun Instagram itu mengongsi tip dan cara bermain floorball secara percuma.



"Semasa saya dan Jay Pal berlatih bersama pasukan nasional, kami kerap berpeluang belajar daripada pemain yang lebih berpengalaman. Lantas, 'floorballbros' adalah cara kami menyumbang semula kepada keluarga floorball Singapura yang telah banyak menolong kami selama ini," tambahnya.




Permainan floorball di tahap antarabangsa bukan sahaja mencabar secara fizikal, malah juga secara mental. Pemain perlu membiasa diri bermain dalam suasana yang bising dan tertekan... Negara lain juga sedang bekerja keras dan mengatur taktik dan strategi masing-masing. Lantas, jika pemain muda kami berfikir bahawa Sukan SEA tahun ini serupa dengan edisi 2015, ia sebenarnya satu jangkaan yang silap kerana persaingan yang akan kami hadapi kali ini jauh berbeza dan lebih sengit.
- Akmal Shaharudin, antara tenaga veteran skuad floorball negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >