Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Aksi EPL mungkin bersambung Jun ini

May 23, 2020 | 03:14 PM



LONDON: Liga Perdana England (EPL) menaruh keyakinan bahawa aksi bola sepak liga utama itu akan dilanjutkan semula pada Jun ini, kata ketua eksekutifnya Richard Masters dalam laporan BBC semalam (23 Mei).



Liga tersebut telah ditangguhkan sejak 13 Mac lalu di tengah-tengah krisis Covid-19 dan 12 Jun telah dikenal pasti sebagai tarikh di mana ia mungkin dimulakan semula. 



Para pemain kelab-kelab bertanding telah kembali berlatih dalam kumpulan kecil minggu ini.



“Kami telah mengambil langkah pertama,” kata Masters kepada BBC Sport.



“Ia satu berita baik untuk semua, terutama para penyokong, untuk melihat pemain kembali berlatih.



“Kami telah melakukan segala yang kami mampu agar pemain kembali berlatih dengan selamat,” tambahnya.



Bagaimanapun Masters berkata bahawa Liga Perdana tetap fleksibel mengenai tarikh untuk melanjutkan aksi liga.



Liverpool menduduki tangga teratas dengan kelebihan 25 mata ke atas Manchester City. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >