LIGA JUARA-JUARA

Aksi hebat Buffon letak Juventus di ambang final

MONACO: Gianluigi Buffon menyambut penampilan kali ke-100 beliau bagi Juventus dalam Liga Juara-Juara dengan terus menunjukkan kecemerlangan menyelamatkan gawang pasukannya semasa kemenangan 2-0 ke atas Monaco, dalam pertemuan pertama pusingan separuh akhir di sini, dinihari semalam.

Sebagai penghargaan ke atas khidmat cemerlang penjaga gawang veteran berusia 39 tahun itu - yang mengawal gawang Juventus sejak lebih 16 tahun lalu - kelab itu memuat turun video di Twitter sebelum pertemuan dengan Monaco bagi mengimbas aksi hebatnya dalam kejohanan elit Eropah itu sebelum ini.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan