Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PROFIL PEMAIN NASIONAL

Al-Qaasimy sudah siapkan pelan lepas gantung but

Baru genggam ijazah kursus sarjana muda daripada Universiti Murdoch Rancang buka akademi bola sepak bagi kanak-kanak kurang bernasib baik, atau Sertai Pasukan Polis
Nov 12, 2017 | 05:30 AM



SETIAP kanak-kanak yang mempunyai minat dalam bola sepak seharusnya berpeluang mengejar keinginan mereka, tidak kira latar belakang.



Kepercayaan serta pegangan bakat bola sepak negara Al-Qaasimy Rahman itu mendorong harapan dan cita-citanya menubuhkan akademi bola sepak yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik sebaik sahaja beliau bersara daripada bermain bola sepak secara profesional.



"Untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah merupakan sesuatu yang dekat di hati saya.



"Bola sepak seharusnya menjadi sukan bagi semua golongan. Saya ingin lebih ramai individu yang berminat menceburi bidang ini tidak kira sama ada mereka mampu atau tidak," katanya.



Untuk itu, beliau meletakkan matlamat mengumpulkan bakat-bakat bola sepak profesional untuk sama- sama membimbing kanak-kanak itu dalam sukan bola sepak.



Walaupun masih berada jauh daripada 'ambang persaraan', pemain bola sepak profesional berusia 25 tahun itu sudah pun menimbangkan beberapa rancangan selepas beliau keluar padang.



Baru-baru ini, beliau telah menamatkan kursus sarjana muda daripada Universiti Murdoch dalam bidang Perdagangan (Sumber Manusia dan Pengurusan) yang diadakan di Kaplan Singapore dan berhasrat terus membina keupayaan dalam bidang selain bola sepak.



"Sebelum ini, saya memang mempunyai hasrat ke luar negara untuk meneruskan pembelajaran, tetapi saya tidak ingin melepaskan kerjaya bola sepak saya. Untuk itu, saya mengambil keputusan kekal di Singapura dan sambung belajar," katanya.



Al-Qaasimy mengakui bahawa beliau berasa lega menerima ijazahnya awal bulan ini kerana selama tiga tahun beliau terpaksa mengimbangi kursusnya di Kaplan dan berlatih pada masa yang sama.



"Saya banyak mengorbankan masa bersama keluarga dan teman-teman atau untuk berehat kerana terpaksa mencari masa mengulang kaji pelajaran, melakukan tugasan sekolah dan juga projek berkumpulan di sekolah," katanya.



Beliau pernah khuatir tidak mampu lulus peperiksaan kerana tidak mempunyai masa yang cukup mengulang kaji pelajarannya disebabkan latihan bola sepak yang dijalankan di luar negara.



"Saya terpaksa berlatih di luar negara dan hanya pulang ke Singapura sehari sebelum menduduki peperiksaan penting.



"Memang berasa amat bimbang pada masa itu, tetapi saya terpaksa berusaha menyelitkan masa mengulang kaji di antara latihan bola sepak yang dijalankan," katanya.



Menurut beliau, yang bermain di posisi pertahanan bagi kelab bola sepak Geylang International, kini tumpuan diberikan sepenuhnya kepada sukan kegemarannya itu.



"Pada masa yang sama, saya tetap akan mencelikkan mata kepada sebarang peluang yang boleh digarap dan dapat membantu saya berkembang dan maju dalam bidang atau pertubuhan yang lain," ujarnya.



Selain menubuhkan akademi bola sepak tersebut, beliau melahirkan minat mengejar kerjaya dalam Pasukan Polis Singapura (SPF) memandangkan beliau pernah berkhidmat untuk SPF semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Walau sudah menimbangkan rancangan persaraan, Al-Qaasimy berkata bahawa beliau ingin kekal bermain selama mampu, sekurang- kurangnya sehingga usianya mencecah 35 tahun.



Ditanya sama ada beliau akan mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat, Al-Qaasimy berkata:



"Sudah tentunya saya mempunya impian mendirikan rumah tangga, namun kini saya ingin memantapkan keadaan diri saya, mencapai apa yang ingin dicapai dahulu secara individu.



"Selepas itu baru saya akan merancang membina rumah tangga secara serius."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >