PERSIAPAN JELANG MUSIM BARU LIGA-S GREAT EASTERN-YEO’S
Albirex sasar jadi juara
Feb 28, 2015 | 05:30 AM
PASUKAN Jepun Albirex Niigata tidak teragak- agak menyasar matlamat menjulang trofi Liga-S Great Eastern-Yeo's musim ini yang dijadual bermula 1 Mac.
Selepas menduduki tangga ketiga dua kali dalam tiga musim lalu, Albirex Niigata (Singapura), pasukan simpanan bagi kelab lebih besar dengan nama serupa dalam Liga-J Jepun, yakin tahun ini menjadi giliran mereka menjadi juara.