Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Albirex tewaskan Tampines untuk loncat ke persada liga

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



HANYA berusia 18 tahun, Kuraba Kondo menyertai perlawanan antara Albirex Niigata dengan Tampines Rovers selepas separuh masa pertama untuk menjaringkan gol kemenangan bagi pasukannya.



Albirex menewaskan lawannya itu 2-1 di Stadium Jurong East petang kelmarin, keputusan yang membenarkan juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) itu meloncat ke puncak liga.



Albirex kini mempunyai 14 mata daripada enam perlawanan, satu mata di atas pesaing terdekat Hougang United.



Namun keputusan itu lebih penting kerana ia membenarkan Albirex memecahkan rekod kekalahan tiga perlawanan berturut-turut kepada Tampines.



Kapten Kazuki Hashiola, sebelum perlawanan itu berkata beliau dah teman sepasukan mempunyai 'perasaan istimewa' kerana Tampines telah memenangi tiga perlawanan terakhir dengan Albirex.



Kondo, bercakap dengan bantuan penterjemah berkata:



"Saya memang menaruh harapan dibenarkan pengadil masuk ke padang untuk membantu pasukan. Semasa waktu rehat, jurulatih memberitahu saya untuk mencari ruang, mengawal bola dan merintis peluang yang baik.



"Kemenangan ini amat penting bagi kami, kerana kami tewas dua kali (kepada Tampines) pada musim lalu.



"Gol dan kemenangan ini memberi saya dorongan tambahan untuk terus menjaringkan gol musim ini dan membantu pasukan memang.



Ketua jurulatih Tampines Gavin Lee berkata pasukannya akan bangkit dalam perlawanan selanjutnya.



"Tahniah kepada Albirex kerana mereka mencipta peluang dan menyempurnakan peluang itu.



"Bagi saya, kami kehabisan tenaga pada separuh masa pertama kerana melakukan terlalu banyak kesilapan. Kami bermain terlalu rapat dengan penjaga gawang dan seharusnya bermain dengan lebih baik.



"Tapi saya tahu pemain saya dan tahu mereka boleh bangkit dalam perlawanan selanjutnya," ujar Lee.



Dalam pada itu, pemain termahal dalam liga musim ini, Diego Lopes menjaringkan gol-gol pertama di Singapura selepas menjaringkan hatrik kelmarin, membantu Lion City Sailors membelasah Geylang International 8-0.



Dalam perlawanan pada Sabtu pula, Tanjong Pagar meraih kemenangan pertama sejak musim lalu dengan menewaskan Young Lions 4-0.



Tomoyuki Doi pula menjaringkan gol ke-10 musim ini untuk membantu Hougang menewaskan Balestier Khalsa 1-0.



Keputusan itu membenarkan Hougang menduduki tangga kedua, di atas Lion City Sailors di tangga ketiga dan Tampines yang jatuh ke tangga ke-10.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >