Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Albon hampa tempat diganti Sergio Perez di Red Bull

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Alexander Albon mengatakan "ia menyakitkan hati" setelah beliau digantikan oleh Sergio Perez di Red Bull untuk musim 2021.



Albon, pemandu Britain-Thailand berusia 24 tahun, diturunkan pangkat menjadi pemandu simpanan pasukan itu apabila pemandu dari Mexico, Perez, 30 tahun, dibawa masuk untuk digandingkan bersama Max Verstappen.



"Saya berikan segalanya di litar tapi ia tidak mencukupi," kata Albion di media sosial.



"Masih ada banyak lagi yang ingin saya berikan dan fokus saya adalah berusaha kembali (menjadi pemandu utama) untuk 2022 dan kibarkan bendera Thailand sekali lagi."



Albon menduduki tempat kelayakan yang lebih rendah dari Verstappen di setiap perlumbaan pada 2020, dan secara purata 0.523 saat satu pusingan lebih perlahan.



Dalam perlumbaan, Verstappen mencatat dua kemenangan dan sembilan kedudukan lain di atas podium daripada 17 perlumbaan sementara keputusan terbaik Albon adalah dua tempat ketiga di Grand Prix Tuscan dan Bahrain.



Red Bull dalam satu kenyataan berkata:



"Pemandu buat masa ini Alex Albon kekal menjadi anggota penting pasukan dan menggalas peranan pemandu simpanan dan ujian Red Bull Racing dengan fokus utama pada pembangunan untuk 2022, kerja simulator dan ujian tayar."



Red Bull, yang meraih tempat kedua dalam kejuaraan pemandu, menyasar memberi saingan sengit kepada juara Mercedes musim depan yang dijangka bermula di Australia pada 21 Mac. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >