BOLA SEPAK
Aleksandar Duric adakan bengkel bola sepak bagi kanak-kanak kurang kemampuan
Feb 12, 2015 | 05:30 AM
SETELAH memenuhi impiannya bermain bola sepak antarabangsa, bekas pemain nasional, Aleksandar Duric, berharap beliau dapat membantu generasi baru mencapai impian yang sama.
Semalam, Duric, 44 tahun, yang bersara daripada bola sepak di akhir musim lalu, mendapat sokongan baru dalam usaha mendekati masyarakat menerusi bola sepak.