Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Algeria teruskan pesta gol, Portugal bernasib baik manakala Belgium kurang meyakinkan

Jun 23, 2014 | 08:59 AM



Portugal 2 Amerika Syarikat 2


Algeria 4 Korea Selatan 2


Belgium 1 Russia 0


MANAUS (Brazil): Pemain gantian Portugal, Silvestre Varela, menyumbatkan gol penyamaan waktu kecederaan bagi menyelamatkan pasukannya dengan keputusan seri 2-2 dengan Amerika Syarikat dalam satu perlawanan Kumpulan G Piala Dunia ini pagi tadi (23 Jun).


Dengan Amerika kelihatan akan meraikan kemenangan hebat ke atas pasukan yang diketuai pemenang Anugerah Ballon d'Or sebagai pemain terbaik dunia Fifa, Cristiano Ronaldo, Varela melayangkan diri bagi menanduk bola daripada hantaran Ronaldo - gol penting yang mengelakkan pasukannya itu daripada ditimpa kekalahan kedua kumpulannya.


Sebelum detik dramatik itu, Amerika yang dipimpin bekas legenda Jerman, Jurgen Klinsmann, berada di hadapan melalui gol-gol Jermaine Jones pada minit ke-64 dan Clint Dempsey pada minit ke-81 selepas Portugal menjaringkan gol awal minit kelima jaringan Nani.


Dalam dua perlawanan Kumpulan H yang berlangsung lebih awal, pasukan berbakat Belgium kurang meyakinkan sekalipun menempah tempatnya ke pusingan kedua dengan kemenangan 1-0 ke atas Russia, pimpinan Fabio Capello.


Pemain muda Belgium, Divock Origi, tampil sebagai penjaring gol paling muda di Piala Dunia ini sejauh ini selepas rembatan kencangnya menggegarkan jaring gawang Russia - gol yang dirintis melalui larian cemerlang pemain Chelsea, Eden Hazard.


Algeria pula memastikan pesta gol di Piala Dunia berterusan apabila mencerahkan laluan layak ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas kemenangan 4-2 ke atas wakil Asia, Korea Selatan.


Islam Slimani dan Rafik Halliche menyambar dua gol kilat dalam masa dua minit sebelum Abdelmoumene Djabou melebarkan jaringan bagi meletakkan Algeria dalam kedudukan selesa di akhir separuh masa pertama permainan. Sekalipun Son Heung-min merapatkan jurang, Algeria menambah jaringan melalui Yacine Brahimi - gol yang turut mencatatkan rekod tertinggi bagi sesebuah pasukan Afrika dalam sejarah Piala Dunia ini.


Koo Ja-cheol menyumbatkan gol kedua Korea tetapi ia gagal menghalang Algeria mencatatkan kemenangan. Algeria kini berharap melangkah ke pusingan kedua buat pertama kali dalam sejarahnya.


ANWAR YAHYA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >