PREVIU LIGA JUARA-JUARA

Alves 'senjata' Juventus lawan Barcelona

MILAN: Dani Alves tidak pernah segan melahirkan prinsip kehidupannya, dan Juventus pastinya mengharapkan yang terbaik daripada tunggak bek kanan itu apabila menentang bekas kelabnya, Barcelona, dalam pusingan suku akhir Liga Juara-Juara hari ini (2.40 pagi esok waktu Singapura).

Sekitar sebulan selepas mencapai kemenangan 'ajaib' agregat 6-5 - menyusuli kekalahan 0-4 dalam pertemuan pertama di padang Paris Saint-Germain (PSG) - impian kelab gergasi Sepanyol itu menjulang satu lagi mahkota Eropah terus menyala menjelang pertemuan pertama peringkat suku akhir di Turin.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto