PIALA DUNIA WANITA
Amerika layak ke final
Jul 02, 2015 | 05:30 AM
MONTREAL: Amerika Syarikat melangkah ke final Piala Dunia wanita buat kali kedua berturut-turut selepas mengatasi pasukan pilihan Jerman 2-0 dalam separuh akhir yang mengasyikkan di Canada semalam.
Kapten Carli Lloyd tidak mensesiakan peluang keemasan bagi membuka tirai jaringan pada minit ke-69 selepas pengadil menghadiahkan penalti kepada Amerika, yang sebelum ini pernah menjulang mahkota dunia itu dua kali pada 1991 dan 1999.