Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

AMP, Perkamus, Warees turut sertai futsal amal BH

Jun 02, 2014 | 06:47 PM



SEBANYAK 24 pasukan akan 'bertarung' bagi gelaran juara Pesta Futsal Berita Harian (BH) Ahad ini dalam tiga liga berbeza.


Namun, 'pertarungan' tersebut bakal berlangsung dalam suasana muhibah memandangkan pertandingan empat sepasuk yang dianjurkan buat julung-julung kali oleh BH itu diadakan bagi mengumpul dana untuk amal.


Pesta Futsal BH dipertandingkan dalam tiga liga berbeza - Liga Korporat, Liga Terbuka dan Liga Junior Bawah 12 tahun.


Sekitar $5,000 telah terkumpul untuk dana Care United Fund yang dikendalikan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bagi tujuan pembangunan bola sepak akar umbi dan wanita setempat.


Sejumlah lapan pasukan akan bertanding bagi setiap kategori atau liga.


Dalam Liga Korporat, yang memerlukan yuran pendaftaran minimum $500, lapan buah pasukan telah mendaftar termasuk anak syarikat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Warees Investment; Hospital Glenagles, agen-agen hartanah syarikat ERA, Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) dan pasukan mewakili Angkatan Karyawan Islam (AMP).


Akhbar ini turut menghantar pasukan bertanding dalam Liga Korporat.


Sementara itu, hampir 80 pasukan mendaftar bagi Liga Terbuka, meskipun kategori tersebut hanya menampilkan lapan pasukan.


Turut mendapat sambutan hangat ialah Liga Junior Bawah-12 tahun.


Pesta Futsal BH itu diadakan buat julung-julung kali sebagai usaha usaha kecil akhbar ini menyumbang kepada amal.


Dana Care United Fund dipilih sempena kempen wadah digital BH, BeritaHarian.sg menyokong pasukan LionsXII tahun ini.


Lebih penting lagi, pertandingan futsal itu, yang semakin popular di Singapura, juga sebagai usaha BH mendekati para pembaca muda.


Pesta Futsal BH bakal berlangsung dari 9 pagi hingga 2 petang di Uber Sports East Coast Parkway.


Pasukan-pasukan yang pendaftaran mereka diterima sudah pun menerima e-mel pengesahan daripada pihak kami.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >