PREVIU LIGA-S
Amri sudah boleh turun padang
Apr 21, 2016 | 05:30 AM
KHAIRUL Amri boleh beraksi buat julung-julung kalinya malam nanti, selepas mengatasi kecederaan betis yang menangguhkan penyertaannya semula dalam Liga-S musim ini.
Penyerang nasional itu mencatat masa 9 minit 27 saat bagi ujian larian 2.4 kilometer kelmarin, dan layak menyarung jersi Garena Young Lions yang akan bertemu Balestier Khalsa di Stadium Toa Payoh nanti.