Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak angkat 'kembar' penyeri rumah tangga Abby

Aug 03, 2018 | 05:30 AM



KURANG sebulan selepas mengambil seorang anak angkat lelaki, bekas pelakon dan penyanyi anggota kumpulan Elite, Abby Abadi, mengambil pula seorang anak angkat perempuan.



Mengumumkan demikian menerusi kiriman di Instagram awal minggu ini, Abby berkata bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh dan bayi perempuan bernama Maisara Dayana Fathia itu adalah "kembar tak seiras" dan "kembar tak sebulan".



Difahamkan, kedua-dua bayi itu usianya selang sebulan.



"Alhamdullillah, Allah izinkan saya dan suami menjadi Mama dan Abah pada bayi-bayi ini. Doakan yang terbaik ya," tulisnya.



Menurut laporan mStar, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berharap 'netizen' tidak cepat menilai dirinya, dan sebagai ibu, beliau berjanji akan berusaha yang terbaik untuk membesarkan kededua bayinya itu.



"Kami akan usahakan yang terbaik. Tak perlu rajin sangat menilai, itu tak kena, ini tak betul," katanya.



Menurut Abby, beliau menyifatkan kehadiran Dayana sebagai kembar kepada Daiyan.



Katanya, beliau sudah lama mengimpikan untuk memiliki dan membesarkan anak kembar dan bersyukur ia dimakbulkan oleh Allah.



"Lama dah Mama impikan ada baby kembar dan Allah izinkan, Mama ada dah Daiyan dan Dayana.



"Memang rasa sungguhlah macam jaga kembar... tak menang tangan dibuatnya... tapi alhamdullillah, Allah bagi sebab Allah tahu Mama dan Abahnya mampu," ujarnya.



Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria, telah pun melakukan tahnik bagi anak-anak angkat mereka.



Turut hadir bersama bagi melakukan tahnik ialah bekas suami Abby, Norman Hakim.



Norman datang bersama isterinya, Memey Suhaiza, bagi proses sama untuk anak perempuan mereka, Mikayla Delisha Hakim, yang dilahirkan pada 12 Julai lalu.



Abby dan Norman turut mempunyai tiga orang anak bersama iaitu Mohamed Danish Hakim, 15 tahun, Marissa Dania Hakim, 13 tahun, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.



Menerusi perkahwinan dengan Memey, Norman pula mempunyai dua cahaya mata lelaki - Muhammad Darwisz Hakim, lima tahun, dan Muhammad Dikhriz Hakim, tiga tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >