Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Sukan

TINJU

Anak watan ingin cipta kejayaan, impi rebut gelaran tinju dunia

Nurshahidah ingin rebut 'perak' bagi kejohanan WBC, hanya satu tahap di bawah gelaran dunia
Sep 28, 2019 | 05:30 AM

NURSHAHIDAH Roslie telah meninju secara kompetitif sejak 2008 lagi. Namun, dalam 11 tahun beliau menceburi bidang ini, tiada satu pun yang senang.

Untuk mengejar impian beliau, kehidupan Cik Nurshahidah penuh dengan onak dan duri.

Daripada seorang pensyarah di institusi tempatan dan pelajaran lanjut di Australia hingga ke seorang penghantar makanan sekarang, pekerjaan Cik Shahidah sering berubah namun hasratnya untuk berjaya sebagai seorang tidak pernah goyah.

"Satu pengorbanan yang besar untuk menjadi seorang petinju adalah kewangan.

"Ia agak mencabar untuk hidup secara selesa dengan gaji saya, pada masa sekarang," kata beliau yang berumur 31 tahun.

Hampir semua daripada 16 perlawanannya sejak 2016 membayar kurang daripada $2,000 buat satu perlawanan.

Walaupun melalui sedekad yang penuh cabaran, beliau kini sudah menubuhkan dirinya sebagai 'trailblazer' untuk petinju wanita di Singapura.

Pengorbanan dan penat lelah Cik Nurshahidah mungkin membuahkan hasil tidak lama lagi.

Esok, Nurshahidah, dengan nama gelaran "The Sniper", bakal bertanding untuk mendapat gelaran silver super bantamweight World Boxing Council (WBC).

Beliau akan bersaing dengan pejuang China Fan Yin di Singapore Fighting Championship 8 (SFC) di Bangunan Foochow, Jalan Besar.

Pertandingan ini merupakan pencapaian tahap tertinggi yang pernah disertai seorang petinju tempatan. Bagi Cik Nurshahidah pula, ini peluang keemasan baginya.

"Memenangi gelaran 'silver' ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan gelaran dunia WBC," kata jurulatih Cik Nurshahidah, Encik Arvind Lalwani.

"Saya sudah melatih Nurshahidah dari awal lagi dan sudah sampai masa beliau dapat hasilkan sesuatu," tambah Encik Arvind.

WBC merupakan badan penguasa tinju profesional dan gelaran perak hanya satu tahap di bawah gelaran dunia.

Laila Ali (super middleweight), anak perempuan Muhammad Alidan Holly Holm (welterweight) merupakan dua pemegang gelaran tersebut.

Pesaing gelaran dunia WBC kemungkinan boleh meraih US$50,000 ($68,830), menurut Lalwani.

Cik Nurshahidah sedar akan taruhan besar yang bakal beliau hadapi.

"Selalunya, saya memasuki sebuah pesaingan dengan kepercayaan yang mungkin hasilnya 50-50. Namun, kali ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapai keputusan yang memuaskan," kata beliau.

Dia mula mengambil bahagian dalam petinjuan kompetitif pada tahun 2008, mewakili Singapura sebagai seorang amatur di dalampertandingan tempatan dan luar negara.

Pada masa yang sama, beliau bekerja sebagai pensyarah latihan fizikal di ITE College East.

Ketika beliau mendaftar di Universiti Barat Australia (UWA) pada 2014 untuk mendalami bidang sains sukan dan kesihatan, beliau masih lagi meninju.

Dia berbasikal di mana-mana - untuk menjimatkan wang dan mengasah kemahiran tinjunya di gim tempatan selama setahun setengah.

Untuk mendapat wang saku yang lebih, beliau juga bekerja di Chemist Warehouse, sebuah syarikat farmaseutikal.

Pada 2015, Cik Nurshahidah kembali untuk mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Singapura sebelum mengambil keputusan untuk meninju secara profesional setahun kemudian.

Sejak itu, beliau sudah mengumpul sebanyak 14 kemenangan dan 2 kekalahan dan disenaraikan oleh lelaman statistik meninju sebagai petinju ke-19 terbaik dalam kelasnya.

WBC pula menyenaraikan beliau sebagai kelima.

Keuntungan kewangan dari sukan meninju ini tetap mencabar dan untuk menampung perbelanjaan dirinya sendiri, beliau bekerja sebagai seorang penghantar makanan peribadi bersama Foodpanda.

"Ia membantu saya mengumpul wang dan saya masih dapat berlatih. Ia membuat saya gembira," kata beliau.

Dengan penuh semangat, beliau membicara tentang pertandingan akan datang bersama Fan yangberumur 22 tahun dan disenaraikan di tangga ke-26.

"Perlawanan ini menghidupkan sesuatu dalam saya. Saya dapat rasakan tekanan dan ia satu perlawanan yang saya memberitahu diri sendiri bahawa saya tidak akan tewas," tambah Cik Nurshahidah.

Tiket bagi acara SFC 8 ini boleh didapati di gim tempatan Juggernauf Fight Club, Evolve MMA, and Naksu Muay Thai serta di pintu masuk Sabtu ini.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian