Andy Murray tersingkir daripada Terbuka Australia

MELBOURNE - Pemain tenis nombor satu dunia, Andy Murray, tersingkir daripada Terbuka Australia - ditumbangkan boleh pemain ke-50 dalam senarai.

"Ia hanya tenis," kata Murray selepas tewas 5-7, 7-5, 2-6, 4-6 kepada pemain pemain Jerman, Mischa Zverev.

Sebelum ini terdapat tanda-tanda Murray akhirnya memenangi Terbuka Australia selepas lima kali bersaing dalam perlawanan akhir - tetapi ternyata ia tidak menjadi.

Beliau empat kecundang di tangan Novak Djokovic, yang juga telah tersingkir di pusingan oleh pemain nombor 117 Denis Istomin.

"Saya mencapai kejayaan besar beberapa bulan," kata Murray mengimbas kejayaan mendaki tangga tertinggi dalam ranking tenis pada akhir musim lalu menggantikan Djokovic dengan mengalahkannya dalam pusingan akhir Jelajah Dunia ATP di London.

"Dalam pertandingan terbesar, anda mahu melakukan yang terbaik tetapi itu tidak berlaku di sini. Ini terjadi. Saya pernah mengalami kekalahan yang sukar dalam kerjaya. Saya bangkit. Ini satu yang sukar," kata Murray.

Zverev tidak dapat menahan kegembiraannya dan menyifatkan kemenangan itu "sudah pasti perlawanan terbaik dalam hidup saya... , bukan sahaja kerana ia yang terbaik, sangat luar biasa."

"Saya percaya dada diri sendiri," kata beliau.

Pemain veteran Roger Federer yang mengalahkan Kei Nishikori 6-7 (4-7), 6-4, 6-1, 4-6, 6-3 berkata "ia adalah sukar bagi Andy".

"Tetapi beliau akan kembali. Saya pasti beliau akan memenangi kejuaraan ini satu hari kelak," kata beliau. -

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.