SUKAN SEA

Ang Chen Xiang lompat ke rekod baru negara di Terbuka Thailand

BELIAU menangguhkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Nasional Singapura (NUS) tahun lalu bagi melanjutkan kerjaya atletiknya dan memburu kemenangan dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur Ogos ini.

Pergorbanan pelari lompat pagar negara, Ang Chen Xiang, tampak berbaloi apabila beliau berjaya memecahkan rekod negara bagi acara 110 meter lari lompat pagar lelaki dalam Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Thailand, kelmarin.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan