Apakah angka 17 nombor ajaib bagi jurulatih LionsXII, Fandi Ahmad?
Angka itu pernah memberi kemenangan manis bagi beliau dan penolong jurulatihnya, Nazri Nasir.
Ia juga angka jersi kegemaran Fandi, manakala 17 Januari juga tarikh lahir seorang anggota pasukan Lions XII.
Kebetulan 17 Januari ini pula Fandi akan memimpin anak didiknya bagi perlawanan pembukaan tirai Liga Super Malaysia (MSL) musim ini menentang Pahang.
Selain tiga mata liga, perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, itu juga akan mempertaruhkan trofi pertama musim ini dengan pemenangnya menjulang Perisai Kebajikan (Charity Shield).
"Jadi siapa tahu... mungkin angka 17 akan terus membawa tuah kepada pasukan kami apabila bertandang ke Kuantan nanti," ujar Fandi.
Untuk mengetahui kisah di sebalik nombor 17 itu, ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.