SIAPA sangka juara tinju Persatuan Tinju Dunia (WBA) Asia yang baru, Muhammad Ridhwan Ahmad, sebenarnya tidak meminati sukan atau bergiat dalam sebarang seni mempertahan diri semasa zaman kanak-kanaknya.
Semasa menjadi murid di Sekolah Rendah Park View, Ridhwan cenderung menyertai kumpulan angklung manakala semasa di Sekolah Menengah Pasir Ris Crescent, beliau lebih aktif sebagai anggota perpustakaan.