Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Antonia penjaring terbanyak West Ham

Leicester dibelasah 1-4 selepas seorang pemain dibuang padang
Aug 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Michail Antonio muncul sebagai penjaring gol terbanyak bagi West Ham dalam Liga Perdana England selepas pasukannya itu membelasah Leicester City yang mengakhiri perlawanan di Stadium London semalam dengan 10 pemain.



Antonio meraikan gol ke-48 dalam kerjayanya di EPL dengan menjulang keratan poster diri sendiri di hadapan penyokong West Ham.



Menyusuli itu, beliau menjaringkan gol kedua dalam perlawanan tersebut untuk memberikan kemenangan yang hebat bagi pasukan yang dipimpin David Moyes itu.



Ini hanya kali kedua pasukan bergelar Hammers itu telah memenangi kededua perlawanan pertama dalam kempen EPL.



Pablo Fornals dan Sain Benrahma menjaringkan dua lagi gol bagi West Ham.



Pemain Leicester, Ayoze Perez, pula dibuang padang kerana memijak Fornals.



Awal dari itu, Youri Tielemans telah merapat jurang bagi Leicester, menjadikan jaringan 2-1 sebelum Antonio menjaringkan gol-golnya di penghujung perlawanan.



Hanya Manchester City ddan Manchester United telah mengutip lebih banyak mata di stadium lawan berbanding Leicester pada musim lalu, tetapi pasukan bergelar The Foxes itu terkial-kial untuk menunjukkan permainan yang baik semalam.



Brendan Rodgers, pengurus Leicester, tidak berselindung semasa bercakap dengan wartawan sebelum perlawanan itu, dan berkata pasukannya sedang mengharungi krisis di bahagian pertahanan, dengan pemain baru Jannik Vestergaard menyertai Wesley Fofana, James Justin, Ryan Bertrand, Jonny Evans dan Nampalys Mendy dalam senarai kecederaan.



Tidak mengejutkan, benteng West Ham dicerobohi seawal minit ke-26, apabila Fornals menjaringkan gol ketiga dalam tiga perlawanan.



Sekitar 15 minit selepas itu, malam yang bermula dengan mengecewakan bagi Leicester menjadi lebih buruk lagi, apabila Perez dilayang kad merah kerana memijak kaki Fornals, semasa beliau cuba merebut bola yang dirampas oleh Aaron Cresswell.



Pengadil, Michael Oliver, tiada pilihan lain, dan selepas melihat video penolong pengadil (VAR), mengarahkan Perez keluar padang.



Selepas itu, Caglar Soyuncu pula cuai di benteng Leicester, dan tersalah hantar bola kepada Antonio, yang mengumpan bola kepada Benrahma untuk merembat bola masuk memperdayakan Kasper Schemeichel dari petak penalti.



Selepas itu, pertunjukan Antonio bermula.



Meskipun beliau telah gagal menyempurnakan lima peluang yang datang bergolek, Antonio akhirnya menjaringkan gol yang dinanti-nantikan, menyambar bola yang diumpan Declan Rice.



Serta merta, Antonio menggelecek bola melepasi dua pemain pertahanan sebelum menyumbat gol keduanya.



Kemenangan itu memberikan West Ham tempat di puncak liga, kali kedua dalam sejarah ia mencapai kedudukan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >