Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Antonio Conte calon utama bagi memimpin Tottenham

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Antonio Conte calon utama bagi memimpin Tottenham

Jun 05, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan Antonio Conte muncul sebagai pilihan utama bagi menyandang jawatan pengurus Tottenham Hotspur, yang kini kosong.

Difahamkan bahawa perbincangan antara kelab berpangkalan di London itu dengan Conte, yang berasal dari Italy, telah mencapai tahap lanjut.

Kini, jangkaan kian bertambah bahawa Conte akan menggantikan Jose Mourinho sebagai pengurus Spurs.

Minggu lalu, Spurs dilaporkan menghubungi bekas pengurus Mauricio Pochettino tetapi majikannya, Paris St-Germain (PSG), berkata ia tidak akan membenarkan jurulatih dari Argentina itu meninggalkan kelab tersebut.

Spurs tiada pengurus tetap sejak Mourinho dipecat pada 19 April.

Ketika itu, pengerusi Daniel Levy berkata Tottenham telah hilang arah semasa pembinaan stadium baru dan pandemik Covid-19.

Levy tidak dijangka membenarkan keadaan ini berlarutan.

Spurs mengakhiri musim Liga Perdana England (EPL) yang baru berlalu di tangga ketujuh, dan melayakkan diri ke Liga Conference Europa yang baru musim depan.

Namun, prestasi Spurs yang kurang menyakinkan mendorong beberapa pemain mengutarakan hasrat meneroka pilihan bermain di kelab lain yang lebih berwawasan pada musim depan.

Antara mereka ialah kapten dan pemain azimat Harry Kane, yang memenangi Anugerah But Emas EPL sebagai penjaring gol terbanyak.

Kane dilaporkan berkata: "Saya ingin mengadakan perbincangan terbuka dan jujur dengan Levy."

Conte memenangi EPL pada 2016-17 - musim pertama beliau memimpin Chelsea.

Namun, beliau dipecat pada hujung tahun seterusnya selepas Chelsea hanya mampu meraih tangga kelima dalam liga, walaupun ia memenangi Piala FA.

Conte, 51 tahun, memimpin Inter menjuarai Liga Europa pada musim 2019-20 dan hanya satu mata di bawah juara Serie A, Juventus, pada musim itu.

Meskipun Juventus mengakhiri liga musim sebelum itu di atas Inter dengan kelebihan 21 mata, kelab jersi jalur hitam putih itu hanya meraih kelebihan satu mata pada 2019-20.

Inter memenangi kejuaraan Serie A-nya yang ke-19 musim yang baru berlalu walau masih terdapat empat perlawanan, dan memungut 91 mata - kedua tertinggi dalam sejarah kelab itu. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3