Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Apa jadi dengan Barcelona? Tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara

Dec 10, 2021 | 05:30 AM



MUNICH: Juara Eropah lima kali Barcelona tewas kepada Bayern Munich kelmarin sekali gus tersingkir dari pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam 17 tahun.



Barcelona tidak pernah gagal melayakkan diri ke pusingan tersebut sejak musim 2003-04, apabila ia langsung tidak melayakkan diri ke pertandingan itu.



Kegagalan itu meneruskan musim yang mengecewakan bagi kelab gergasi Sepanyol itu yang awal musim ini melepaskan khidmat pemain bertaraf legenda Lionel Messi gara-gara masalah kewangan.



Messi kini beraksi di Perancis bersama Paris Saint-Germain (PSG).



Dalam perlawanan kumpulan terakhir dengan Bayern, Barcelona perlu mendapatkan keputusan yang sama dengan Benfica yang bertemu Dynamo Kyiv dalam satu lagi perlawanan kumpulan tersebut.



Namun, kelab Portugal itu menang 2-0 dan ini bemakna Barcelona, yang dipimpin Xavi, juga bekas bintang kelab itu, tersingkir ke tangga ketiga dalam kumpulan dan mendapat saguhati beraksi dalam Liga Europa - satu divisyen di bawah Liga Juara-Juara.



Kelemahan Barcelona ketara menjelang waktu rehat di stadium Bayern yang kosong kerana pemerintah Jerman menyekat penonton akibat bilangan kes Covid-19 yang melonjak.



Bayern menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama menerusi Thomas Muller dan Leroy Sane, sebelum Jamal Musiala menambah gol ketiga pada separuh masa kedua.



Barcelona mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi ia disesiakan, dengan Jordi Alba dan Ousmane Dembele masing-masing gagal menyempurnakan peluang yang tersaji.



Dalam pada itu, Manchester United hanya mampu seri 1-1 dengan Young Boys, apabila pengurus baru Ralf Rangnick menurunkan kesebelasan utama yang diubah.



United telah melayakkan diri ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan dan Rangnick menggunakan peluang itu untuk merehatkan sebahagian besar pemain yang beraksi menentang Crystal Palace dalam Liga Perdana England pada hujung minggu.



Namun, walaupun Mason Greenwood menjaringkan gol cantik pada minit kesembilan, United gagal mempertahankan kelebihan itu.



Malah, pemain United yang diharapkan menggunakan peluang tersebut untuk bersaing bagi tempat dalam kesebelasan utama kurang menyerlah.



Donny van de Beek, yang tiba di Old Trafford sebagai pemain harapan tetapi kini kurang mendapat peluang beraksi, pula membuat kesilapan besar yang membolehkan Fabian Rieder menjaring gol penyamaan bagi kelab lawan dari Sweden itu.



Lebih malang, pemain pertahanan utama Aaron Wan-Bissaka mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar padang sebelum wisel penamat.



Juara bertahan Chelsea pula gagal mengekalkan kedudukannya sebagai sebagai juara kumpulan selepas ia diikat 3-3 oleh Zenit St Petersburg.



Bercakap kepada wartawan di akhir perlawanan, pengurus Chelsea Thomas Tuchel berkata pemainnya gagal mengekalkan tumpuan selepas mendapat kelebihan gol awal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >