Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Apa jadi dengan Spurs? Arsenal kembali mengaum

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Cara Tottenham Hotpur tercicir dari puncak liga ketara diperagakan dalam perlawanan mengaibkan dengan Arsenal semalam, di mana kelab itu bukan sahaja tidak berdaya menandingi kelab jirannya itu, malah langsung tidak menunjukkan ciri-ciri kelab yang ingin bersaing bagi kejuaraan liga.



Insiden yang membolehkan Arsenal dan Bakayo Sako menjaringkan gol ketiga seawal minit ke-34 menunjukkan bagaimana Spurs tersungkur.



Harry Kane tergelincir semasa memimpin serangan Spurs dan dua kali gagal merebut bola daripada Saka, yang menemui penjuru gawang Spurs untuk melengkapkan sengsara Spurs dan kaptennya itu.



Sebelum itu, benteng pertahanan Spurs telah dirobek Emile Smith Rowe, selepas beliau menyambar masuk hantaran silang Saka pada minit ke-12, sebelum Rowe sendiri mengumpan bola kepada Pierre-Emerick Aubameyang untuk menjaringkan gol kedua Arsenal pada pertengahan separuh masa pertama.



Spurs bangkit seperti yang dijangka selepas waktu rehat, tetapi nasi telah menjadi bubur.



Kane memaksa Aaron Ramsdale menyelamatkan bola dengan bijak hasil percubaannya, sebelum beliau mensesiakan satu lagi peluang baik untuk menjaringkan gol.



Pemain dari Korea Selatan, Son Heung-min, menjaringkan gol sagu hati 10 minit sebelum perlawanan berakhir untuk memastikan ia berkesudahan 3-1.



Namun, jurang 'kelas' antara kededua Spurs dengan Arsenal - yang hanya beberapa perlawanan lalu berada di kedudukan lebih dekat dengan kaki liga - lebih luas daripada yang ditunjukkan keputusan itu.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan itu, pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata cara pasukannya beraksi memberi contoh potensi yang boleh dicapai pasukannya.



"Kemenangan ini adalah bagi penyokong kami. Mereka bersama kami apabila kami benar-benar memerlukan sokongan mereka dan kini mereka bersama kami sedang kami memperkukuh hubungan dengan mereka," ujar beliau.



Arsenal memulakan musim dengan tiga kekalahan berturut-turut, termasuk dibelasah 0-5 oleh Manchester City.



Kini ia telah bangkit ke tangga ke-10 selepas memenangi tiga perlawanan terakhir.



"Saya rasa kami perlu menunjukkan penghargaan kami kepada penyokong. Itu sahaja," kata Arteta lagi.



Pengurus Spurs, Nuno Esperito Santo, pula berkata pasukannya tidak beraksi cukup baik dalam perlawanan itu, dengan wajahnya terlalu sugul dan beliau enggan mengulas lebih lanjut semasa bercakap dengan media di wisel penamat.



Dalam pada itu, penyerang azimat Raul Jimenez menjaringkan gol pertama sejak kembali beraksi dari kecederaan kepala yang mengancam nyawanya untuk membantu Wolverhampton Rovers menewaskan Southampton 1-0 di tempat lawan.



Gol Jimenez itu, yang dijaringkan pada minit ke-61 disambut dengan sorakan lantang 3,000 penyokong Wolves.



Jimenez, yang dianggap antara pemain barisan depan terbaik Liga Perdana selepas menjaringkan 30 gol dalam dua musim pertama di EPL, mengalami kecederaan teruk dalam perlawanan dengan Arsenal pada November 2020.



Tengkorak kepalanya retak dalam perlawanan itu dan kini Jiminez beraksi dengan memakai topi khas untuk melindungi kepalanya itu.



Bercakap dengan wartawan selepas perlawanan, Jimenez berkata:



"Gol itu membuat saya berasa begitu hebat. Saya tidak berhenti berjuang dan saya tahu ia akan berbaloi," ujar Jimenez.



"Kini, saya bertekad untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan... saya mampu melakukannya."



Selepas enam pusingan perlawanan EPL sejauh ini, Liverpool mendahului pasukan lain di puncak liga dengan 14 mata, diikuti dengan City, Chelsea, Manchester United dan Everton yang masing-masing mempunyai 13 mata. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >