Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KUMPULAN D

Apa kena dengan Messi?

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



NIZHNIY NOVGOROD (Russia): Reaksi wajahnya sebelum wisel mula perlawanan mungkin menggambarkan segala-galanya - tangan di dahi, mata pejam - seolah-olah seseorang dalam kerunsingan atau dibebani sesuatu yang terlalu besar di atas bahunya.



Ia gambaran seorang yang begitu bermasalah atau juga mungkin seorang pendekar yang sudah pun bersedia menyerah kalah sebelum melangkah ke medan perjuangan.



Apatah lagi, superstar Argentina, Lionel Messi, memulakan cabaran Piala Dunia Russia ini dengan mengecewakan semasa menentang Iceland pada Sabtu lalu apabila percubaan penaltinya diselamatkan dalam pertarungan yang berkesudahan 1-1.



Awal pagi semalam, bintang Barcelona itu sekali lagi tidak terdaya menyelamatkan pasukannya dan mengubah skrip perlawanan yang bercelaru - serupa wajahnya yang kurang bermaya sebelum perlawanan dimulakan - selepas Croatia meledakkan kehebatan dengan kemenangan 3-0 hasil gol-gol cemerlang Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic.



Kekalahan dalam pertarungan Kumpulan D itu bermakna Messi dan rakan-rakannya kini hanya mempunyai satu mata daripada dua perlawanan mereka di Russia dan kini perlu mencatatkan kemenangan besar dalam perlawanan terakhir menentang Nigeria di samping mengharapkan keputusan perlawanan lain memihaknya untuk berpeluang melangkah ke pusingan kalah mati.



Sukar melihat senario ini akan terjadi - bermakna juara Piala Dunia dua kali itu hampir pasti 'pulang' awal, mengembalikan kenangan pahit kempen mereka pada 2002 apabila tersingkir di peringkat kumpulan sekalipun disebut-sebut menjadi pilihan di edisi Piala Dunia anjuran bersama Jepun dan Korea Selatan itu.



Bagi pemain yang menyambut hari jadinya yang ke-31 pada hujung minggu ini dan hampir pasti tampil di Piala Dunia terakhirnya dalam usaha mengikuti jejak legenda Diego Maradona yang menjulang mahkota Piala Dunia 1986, ia tentu sekali kesudahan yang begitu mengecewakan sekali.



Entah di mana silapnya, segala yang 'disentuh' Messi, pemenang Ballon d'Or lima kali yang mengiktirafnya sebagai pemain terbaik dunia, semuanya tidak menjadi.



Seperti percubaan penaltinya dalam pertarungan pembukaan La Albiceleste yang diselamatkan penjaga gawang Iceland, Hannes Halldorsson.



Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli, yang memohon maaf kepada seluruh penyokong pasukan itu, juga mungkin tidak mempunyai jawapan mengapa bintang harapan pasukannya itu gagal menyinar selain berkata:



"Hakikatnya, pasukan Argentina ini membendung kecemerlangan Leo (Messi)... Keupayaannya terbatas kerana pasukan gagal menyesuaikan diri dengan beliau... sesuatu yang seharusnya mereka lakukan." - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >