Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN 1

Apa lagi Blade Runner?

Shariff mahu tumpu bina kerjaya sebagai jurulatih pula sempena sambutan ulang tahun ke-10 sebagai atlit istimewa tahun ini
Apr 29, 2018 | 05:30 AM



PERSOALANNYA yang harus diajukan kepadanya kini ialah apa lagi?



Apa lagi perlumbaan, ekspedisi atau cabaran yang masih tersemat dalam jiwanya?



Atlit istimewa setempat, Md Shariff Abdullah, sudah pun menyertai dan menguji keupayaannya di pelbagai perlumbaan dan ekspedisi lasak di dalam dan luar negara termasuk Maraton Boston yang masyhur di Amerika Syarikat sebanyak empat kali sebelum ini.



Bapa tiga anak dewasa ini juga sudah pun menjejakkan kaki di pergunungan Everest semasa ura-uranya mahu berlumba di Maraton Everest Tenzing-Hillary dua tahun lalu - malangnya bahagian kaki kirinya yang kudung itu mengalami pembekuan dan beliau dinasihati doktor supaya tidak berlari di perlumbaan itu sekalipun sudah berada di Everest Base Camp yang terletak pada ketinggian 5,364 meter di atas paras laut yang juga menjadi garis mula maraton itu.



Terbaru, atlit bergelar Singapore Blade Runner ini kerana menggunakan kaki prostetik berupa 'blade' sebagai pengganti kaki kirinya yang kudung itu telah mengharungi cuaca yang teramat sejuk - suhunya berlegar di bawah -30 darjah Celsius - apabila berlumba di Maraton Kutub Utara yang telah berlangung pada 16 April lalu.



Sekalipun matlamat awalnya mahu menamatkan maraton penuh sejauh 42.195 kilometer tetapi laluan perlumbaan yang begitu mencabar - hampir 80 peratus 'ditenggalami' salji - beliau dinasihati supaya berlari bagi kategori separuh maraton sekitar 21 kilometer.



Memandangkan cabaran yang penuh ekstrem yang perlu dilaluinya - kesejukan yang luar biasa serta laluan perlumbaan yang sukar apatah lagi berlari dengan mengguna 'kaki besi' yang kerap 'tenggelam' dalam salji yang tebal itu - Shariff boleh berbangga dengan kejayaannya menamatkan separuh Maraton Kutub Utara itu dengan catatan masa 7 jam, 33 minit dan 54 saat.



Dipercayai, atlit istimewa yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-50 tahun pada November ini adalah hanya warga Singapura kedua yang berpengalaman merasakan segala cabaran maraton ini selepas pencapaian atlit paralimpik berkerusi roda negara, Dr William Tan, pada 2007.



Jadi apakah selanjutnya bagi Shariff?



"Kalau ikutkan hati memang banyak lagi perlumbaan dan cabaran yang masih saya belum tempuhi.



"Contohnya seperti maraton-maraton terkemuka dunia lain seperti di London, Berlin (Jerman) dan New York... saya hanya pernah berlari di Maraton Boston tetapi tidak di maraton-maraton lain ini.



"Satu lagi yang tersemat dalam hati ialah apa yang dipanggil Cabaran Maraton Dunia yang memerlukan peserta berlari tujuh maraton, setiap satu di benua berbeza seperti di Asia, Eropah, Afrika dan Artartika, dalam tujuh hari berturut-turut.



"Ia mungkin sesuatu yang sukar dicapai kecuali jika ada penaja yang tampil kerana kosnya yang tinggi.



"Namun saya bersyukur dengan segala pengalaman yang diperolehi sejauh ini.



"Tidak pernah terlintas dalam fikiran ini sejak saya menyertai perlumbaan pertama saya... larian menolak kereta sorong sejauh 2.5 kilometer di Politeknik Temasek di Tampines pada 2009 bahawa saya akan dapat menjejakkan kaki dan merasakan sendiri suasana di Everest dan Kutub Utara.



"Segala pengalaman itu termasuk mengharungi cuaca dan keadaan ekstrem di Maraton Kutub Utara benar-benar mengajar saya mengenai kesabaran dan kekuatan semangat yang perlu ada untuk menamatkan separuh maraton itu.



"Ia satu pengalaman yang akan sentiasa tersemat dalam hati ini buat selama-lamanya," tambah Shariff yang perlumbaannya di Maraton Kutub Utara itu ditaja sepenuhnya syarikat insurans FWD.



Sempena sambutan 10 tahunnya sebagai atlit tahun ini, Shariff menjelaskan fokusnya turut berubah dan melahirkan hasratnya menebarkan sumbangan lebih bermakna kepada masyarakat.



"Saya akan terus berlumba dan menyertai pelbagai acara lasak selagi ada kesempatan tetapi saya juga mahu memberikan lebih fokus pada satu lagi bidang yang menjadi kegemaran saya... iaitu sebagai seorang jurulatih.



"Alhamdulillah rezeki saya bertambah sejak pulang daripada Maraton Kutub Utara apabila ditawarkan peranan sebagai seorang duta kecergasan di gim Anytime Fitness kelolaan anak Melayu kita yang terletak di Wisteria Mall di Yishun.



"Secara bersama, kami akan mengadakan kelas-kelas mingguan terutama untuk kalangan anggota masyarakat kita agar mereka mempunyai keyakinan untuk terus kekalkan kekuatan dan tahap kecergasan yang baik," tambah Shariff.




"Namun saya bersyukur dengan segala pengalaman yang diperolehi sejauh ini. Tidak pernah terlintas dalam fikiran ini sejak saya menyertai perlumbaan pertama saya... berlari sambil menolak kereta sorong sejauh 2.5 kilometer di Politeknik Temasek di Tampines pada 2009 bahawa saya akan dapat menjejakkan kaki dan merasakan sendiri suasana di Everest dan Kutub Utara."
- Md Shariff Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >