Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA FILIPINA 2019

Aqilah bersemangat sasar emas

Skuad bola jaring negara berpeluang pertingkat persiapan di Piala Negara-Negara M1 sebelum turun berjuang di Sukan SEA
Oct 21, 2019 | 05:30 AM



KELETIHAN terpancar di raut wajah pemain bola jaring nasional Aqilah Andin sedang beliau diwawancara akhbar ini di Pusat Bola Jaring Kallang, baru-baru ini.



Namun di sebalik itu, tersemat semangat jitu beliau meneruskan perjuangan dalam mencapai matlamat utama pasukan negara untuk merangkul pingat emas Sukan SEA di Filipina pada 30 November hingga 11 December ini.



"Ini merupakan tahun pertama pasukan negara mempunyai banyak kejohanan, tahun paling sibuk bagi saya sepanjang mewakili Singapura," ujar naib kapten bagi skuad nasional yang akan bertanding dalam Piala Negara-Negara M1.



Aqilah, 23 tahun, juga antara 12 pemain terpilih untuk mewakili di Piala Dunia Bola Jaring di Liverpool, England, pada Julai tahun ini.



"Beberapa bulan lalu ini rasa agak panjang tetapi kami masih belum selesai lagi. Sasaran utama kami tetap untuk meraih pingat emas di Sukan SEA pada penghujung tahun ini nanti," katanya yang sudah terbiasa dengan jadual latihan dan pertandingan yang sibuk lagi intensif.



Singapura, juara bola jaring dalam Sukan SEA 2015, gagal mempertahankan takhta dalam edisi 2017 dan dijangka akan bersaing lagi dengan 'musuh tradisi' Malaysia bagi merebut pingat emas dalam edisi tahun ini.



Menurut Aqilah, pasukan negara kini berada di landasan yang tepat dalam mempersiapkan diri bagi acara sukan dwitahunan itu.



Antaranya, pengalaman yang ditimba di Piala Dunia tiga bulan lalu yang pasti akan membantu rakan-rakannya memberikan saingan sengit di medan di Filipina nanti.



Ini meskipun Singapura gagal menyaingi kehebatan pasukan handalan dunia lain dan menduduki tempat ke-16 di akhir kejohanan berprestij itu.



"Tahap permainan bola jaring di Piala Dunia sangatlah tinggi," kata Aqilah.



"Tetapi, kami mencari perkembangan dan pengalaman bertanding dengan atlit profesional di sana. Yang positifnya, kami berpeluang menonton dan belajar daripada mereka dan kemahiran yang kami timba ini dapat kami bawa pulang ke Singapura dan digunakan untuk kejohanan akan datang."



Bulan lalu, pasukan negara menjalani lawatan latihan selama seminggu di New Zealand.



Di sana, mereka didedahkan kepada corak permainan negara tersebut yang menduduki ranking kedua di dunia.



Ini sebelum bertarung di Piala Negara-Negara M1 yang telah bermula semalam hingga 26 Oktober di Arena OCBC.



Kejohanan ini merupakan medan persiapan terakhir srikandi negara bagi memperbaiki strategi dan jurang kelemahan sebelum berjuang di Sukan SEA.



"Piala Negara-Negara tetap pertandingan yang penting sebab kami mahu menunjukkan peningkatan dan keserasian antara satu sama lain. Ia juga peluang untuk kami memperbetulkan struktur permainan dan cara kami bekerjasama sebagai sebuah pasukan.



"Corak permainan pasukan seperti Papua New Guinea sama dengan cara kami bermain.



"Lantas, kami boleh latih struktur permainan kami, belajar untuk bermain dengan lebih cekap dan bagaimana untuk mengatasi serangan mereka. Kami juga dapat menguji diri sendiri dengan corak permainan yang lebih pantas daripada pasukan dari Afrika ini," kata Aqilah lagi sambil melahirkan harapan melihat pasukan negara mencapai kedudukan lebih baik berbanding tempat ketiga di edisi 2017.




Ini merupakan tahun pertama pasukan negara mempunyai banyak kejohanan, tahun paling sibuk bagi saya sepanjang mewakili Singapura... Beberapa bulan lalu ini rasa agak panjang tetapi kami masih belum selesai lagi. Sasaran utama kami tetap untuk meraih pingat emas di Sukan SEA pada penghujung tahun ini nanti.
- Aqilah Andin.




SEKILAS PIALA NEGARA-NEGARA M1 2019



- Kejohanan tahunan anjuran Bola Jaring Singapura.



- Tahun ini merupakan edisi ke-13 kejohanan itu diadakan



- Pasukan yang bertanding dalam kejohanan tahun ini termasuk Singapura, Namibia, Ireland, Botswana, Papua New Guinea and Kepulauan Cook.



- Singapura, juara piala dua kali pada 2006 dan 2007, dan merangkul tempat kedua sebanyak tiga kali pada 2011, 2013 dan 2014



- Tarikh: Semalam (20 Oktober) hingga 26 Oktober



- Tempat: Arena OCBC



- Tiket boleh didapati di https://www.apactix.com/events/detail/m1nationscup-2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >