Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN D: ARGENTINA LAWAN CROATIA

Argentina 'tertekan' berhadapan skuad berbakat Croatia

Jun 21, 2018 | 05:30 AM



BRONNITSY (Russia): Satu lagi ujian getir bagi superstar Argentina, Lionel Messi, serta rakan sepasukannya apabila mereka turun menentang pendahulu Kumpulan D, Croatia, di Stadium Nizhny Novgorod mulai 2 pagi esok (waktu Singapura).



Dengan temasya di Russia ini dianggap sebagai peluang terakhir bagi Messi menjulang mahkota dunia, bintang Barcelona itu memulakan kejohanan ini dengan igauan kekecewaan selepas menyaksikan percubaan penaltinya diselamatkan semasa seri 1-1 dengan Iceland dalam perlawanan pembukaannya Sabtu lalu.



Bagi merumitkan lagi keadaan, pasukan pimpinan Jorge Sampaoli tidak mampu tersilap langkah lagi apabila berhadapan pencabar lebih gagah - Croatia, yang membuka kempen Piala Dunia mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Nigeria.



Kejayaan itu adalah yang pertama bagi Croatia sejak kemenangan ke atas Jamaica dalam penampilan sulung di Piala Dunia 1998 yang turut menyaksikan mereka 'meledakkan' kejohanan untuk menduduki tempat ketiga - pencapaian terbesar sejauh ini di pentas antarabangsa.



Kemungkinan Croatia mengulangi pencapaian itu bukanlah sesuatu yang mustahil lebih-lebih lagi jika barisan penyerangnya yang diketuai Andreij Kramaric dan Mario Mandzukic, kembali menunjukkan ketajaman.



Mereka pula disokong tenaga midfield kelas dunia yang termasuk Luka Modric dan Ivan Rakitic - kededuanya menjadi inspirasi pasukan itu semasa kemenangan ke atas Nigeria pada Ahad lalu.



Kemenangan ke atas Argentina akan menjamin tempat Croatia di pusingan kalah mati kejohanan ini.



Tidak hairan juga jika tunggak pertahanan Argentina, Gabriel Mercado, mengatakan bahawa nasib pasukannya - yang muncul naib juara di Piala Dunia Brazil empat tahun lalu - kini bergantung kepada keputusan pertemuan dengan Croatia ini.



"Realitinya ini perlawanan yang genting bagi kami selepas kami gagal mendapatkan tiga mata kemenangan (semasa menentang Iceland)," ujar Mercado.



"Ini perlawanan genting... kami perlu menang untuk memintas kedudukan mereka," tambah pemain Sevilla itu lagi.



Sampaoli, yang turut mendapat kecaman pedas daripada legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, yang memberi amaran bahawa jurulatih itu tidak akan disambut pulang sekiranya beliau tidak menukar taktik permainan pasukan, kini tertekan untuk mengubah nasib pasukannya jika tidak mahu tersingkir awal daripada Piala Dunia ini. - AFP.




Ramalan BH:



Argentina 3



Croatia 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >