Wanita 'power' ...

Ariya di takhta golf dunia

BANGKOK: Thailand mengalu-alukan srikandi sukannya yang terbaru selepas pemain golf Ariya Jutanugarn akhirnya mengecapi impian menjadi pemain nombor satu wanita dunia - hanya seminggu selepas gelaran itu ditarik balik daripadanya disebabkan 'kesilapan teknikal'.

Ini menyusuli kejayaan pemain muda berusia 21 tahun itu menjuarai kejohanan Manulife LPGA Classic pada 11 Jun lalu - sekali gus menamatkan penguasaan pemain New Zealand Lydia Ko selama 85 minggu sebagai pemain utama dunia dalam ranking Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA).

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan