LIGA PERDANA ENGLAND
Arsenal dahului Spurs, Man United
Aksi cemerlang tewaskan Newcastle 2-0
Apr 03, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Jaringan Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette memastikan kemenangan 2-0 bagi Arsenal semasa menentang Newcastle United dan melihat pasukan London itu melompat ke tangga ketiga Liga Perdana England (EPL), mengatasi pesaing mereka bagi tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan - Manchester United dan Tottenham Hotspur.
Ramsey berjaya merintis ruang di tengah-tengah pertahanan Newcastle pada minit ke-60 untuk membuat jaringan menerusi satu percubaan leret sebelum pemain asal Perancis, Lacazette, pula menyempurnakan tirai jaringan dengan gol pada minit ke-83.