LONDON: Dua kelab utama England, Arsenal dan Manchester City, menghadapi cabaran setinggi gunung apabila bertandang ke padang dua gergasi Eropah - Bayern Munich dan Barcelona - dalam usaha menghidupkan semula cabaran selepas tercicir 0-2 dalam pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah.
Arsenal perlu mengatasi Bayern yang semakin 'meletup' di bawah pimpinan Pep Guardiola di Allianz Arena selepas gol-gol Toni Kroos dan Thomas Mueller di Stadium Emirates memberikan gergasi Jerman itu kelebihan selesa bagi pertemuan kedua ini.