Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal hidupkan semula saingan musim baru ini melalui 'gol hadiah' Newcastle

Aug 29, 2015 | 10:45 PM



LONDON: Arsenal menyemarakkan semula saingannya musim ini apabila gol sendiri Fabricio Coloccini menghadiahkan kemenangan 1-0 ke atas Newscastle United dalam satu perlawanan Liga Perdana England (EPL) yang berakhir sebentar tadi (29 Ogos).


Kemenangan itu juga adalah yang kedua bagi pasukan pimpinan Arsene Wenger dengan Newcastle terpaksa bermain sebahagian besar pertarungan yang agak lasak itu dengan 10 pemain selepas penyerang baru mereka, Aleksandar Mitrovic, dilayang kad merah seawal minit ke-16 kerana memijak buku lali pemain Arsenal, Francis Coquelin, selepas gagal mendapatkan bola.


Kad merah ke atas pemain panas baran asal Serbia itu menyusuli dua kad kuning yang diterimanya dalam tiga perlawanan awal musim ini, sekali gus menghukum pasukan sendiri apabila Arsenal memanfaatkan kelebihan itu dengan gol kemenangan pada minit ke-52.


Rembatan leret yang kencang daripada Alex Oxlade-Chamberlain memperdayakan penjaga gawang Newscastle, Tim Krul, selepas bola terkena Coloccini sebelum mencecah jaring gawang pasukan tuan rumah.


Selepas sekadar seri tanpa gol dengan Liverpool pada Isnin lalu, Arsenal menghadapi risiko terus terpinggir daripada saingan merebut mahkota liga musim ini tetapi kemenangan berharga di St. James' Park ini - sekalipun gagal menunjukkan prestasi terbaik mereka - mengembalikan The Gunners di landasan betul untuk mengejar pasukan pendahulu, Manchester City.


"Newcastle bermain dengan lasak... sejak mula mereka beraksi dengan penuh fizikal tetapi kami dapat mengekalkan tumpuan," ujar Wenger.


"Kami beraksi dengan matang dan bijak. Ini adalah kemenangan yang penting... mungkin itulah sebabnya kami agak berhati-hati," tambahnya.


Keputusan itu bererti Newcastle masih belum mencatatkan kemenangan selepas empat perlawanan musim ini di bawah bos baru mereka, Steve McClaren, yang mempersoalkan keputusan pengadil mengusir Mitrovic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >