MENJELANG MUSIM BARU LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal kekalkan momentum persiapan pramusim cemerlang

LONDON: Menyusuli kejayaan memenangi Trofi Asia Barclays di Singapura baru-baru ini, Arsenal meneruskan persiapan pramusim dengan cemerlang apabila menjulang Piala Emirates buat pertama kali sejak 2010 di sini kelmarin.

Gol melalui sentuhan Theo Walcott membantu pasukan pimpinan Arsene Wenger mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Wolfsburg dari Jerman - sekali gus memastikan kelab London itu menamatkan kejohanan pramusim itu di atas Villarreal, yang juga memenangi kededua perlawanannya tetapi mempunyai perbezaan gol yang kurang berbanding Arsenal.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan