Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal 'letih' berdepan Palace

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas gagal meneruskan rentak kemenangan mereka apabila terikat 0-0 dengan Crystal Palace di Stadium Emirates dalam saingan Liga Perdana England (EPL) awal pagi semalam.



The Gunners, yang sekitar tiga minggu lalu dibelenggu masalah selepas berada di antara pasukan tercorot, bangkit untuk mencatatkan empat kemenangan berturut dalam semua pertandingan.



Namun begitu, mereka gagal memecahkan benteng pertahanan Palace yang kekal utuh sepanjang perlawanan.



Sebagai sebuah pasukan yang telah menunjukkan persembahan terbaik sejak kebelakangan ini, Arsenal dikecewakan setiap kali mereka melakar serangan.



Arsenal mempunyai beberapa peluang, antara yang dicipta oleh Alexandre Lacazette, namun percubaannya tersasar.



Percubaan Pierre-Emerick Aubameyang kemudian berjaya ditepis penjaga gawang Palace Vicente Guaita.



Palace juga mempunyai beberapa peluang keemasan untuk meletakkan mereka dihadapan, bagaimanapun percubaan mereka dihalang oleh palang dan juga berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Arsenal, Bernd Leno.



Pasukan kendalian Mikel Arteta juga merasakan kehilangan pemain bek kiri Kieran Tierney yang cedera.



Manakala untuk Palace, yang sebelum ini gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan sebelum menewaskan Sheffield United minggu lalu, jelas lega dapat meraih satu mata.



Keputusan seri itu kini menyaksikan Arsenal menduduki tangga ke-11 liga dengan 24 mata sementara Palace hanya dua mata di belakang Arsenal di tangga ke-13.



Walaupun gagal meneruskan rekod kemenangan mereka musim ini, Arteta berkata beliau tetap gembira dengan persembahan pemainnya.



"Kami mencipta banyak peluang namun ternyata kami tidak mempunyai kualiti untuk menyempurnakan peluang itu. Kami mungkin gagal melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini.



"Kami telah bermain banyak perlawanan dan akibat kepenatan itu kami gagal mendapatkan kemenangan," kata Arteta.



Sebelum perlawanan itu, pengurus Palace, Roy Hodgson menyifatkan pasukannya berada dalam kedudukan yang "selesa", dengan 10 mata memisahkan mereka dengan tiga pasukan tercorot liga.



Mengulas tentang kejayaan pasukannya meraih satu mata menentang Arsenal, Hodgson berkata:



"Saya lebih dari berpuas hati. Persembahan gigih yang ditunjukkan pemain. Kami bertahan dengan baik dan mungkin dengan sedikit ketenangan kami mampu menjaringkan gol.



"Kami beraksi menentang sebuah pasukan yang berada dalam prestasi terbaik dan pulang dengan keputusan seri 0-0.



"Saya gembira kami dapat membawa pulang satu mata dari perlawanan ini. Jika anda gagal untuk bertahan dengan baik, ia sukar untuk mendapatkan kemenangan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >