Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal lompat tangga ke-4 selepas atasi West Ham

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Arsenal mengambil alih tempat West Ham dan naik ke tangga keempat Liga Perdana England setelah menang 2-0 di Stadium Emirates.



Gabriel Martinelli menjaringkan gol pada awal babak kedua sebelum pemain gantian Emile Smith Rowe mengesahkan kemenangan The Gunners dengan gol kedua di hujung perlawanan itu.



Percubaan penalti kapten Arsenal, Alexandre Lacazette, juga diselamatkan penjaga gawang Lukasz Fabianski pada separuh masa kedua.



Pemain West Ham, Vladimir Coufal, telah dilayangkan kad merah selepas mengasari Lacazette di dalam petak penalti.



Sebelum itu, Coufal telah pun dilayangkan kad kuning babak babak pertama apabila dilihat menyiku muka pemain Arsenal, Kieran Tierney, sehingga menimbulkan bantahan pemain-pemain pasukan tuan rumah.



Percubaan Tierney juga terkena palang, dan beberapa lagi peluang dari Martinelli, Bukayo Saka dan Gabriel menyaksikan Arsenal menguasai pertarungan yang sengit dan wajar mengutip tiga mata penuh.



Kekasaran Coufal terhadap Tierney pada separuh masa pertama mencetuskan bantahan keras dari pemain Arsenal sebelum pengadil Anthony Taylor segera meredakan situasi apabila melayangkan kad kuning kepada Coufal.



Beberapa kekerasan juga terjadi sebelum Taylor terpaksa bercakap dengan kakitangan jurulatih Arsenal di luar padang.



Pihak tuan rumah menguasai permainan di padang dengan pemain pertahanan tengah West Ham, Craig Dawson, beraksi cemerlang untuk menghalang beberapa percubaan awal Arsenal.



Saka menjadi pemain berbahaya Arsenal di bahagian kanan padang dan beliau terlibat dalam percubaan Tierney (yang terkena palang), sebelum membalas rembatan Lacazette yang ditepis ke arah Martinelli untuk menguis ke arah gol.



Pada separuh masa kedua, Saka sendiri hampir menjaringkan gol.



Pablo Fornals dan Jarrod Bowen memberikan peluang terbaik bagi West Ham, namun tidak merisaukan penjaga gawang Aaron Ramsdale.



Kad merah Coufal - yang dibantah West Ham sebagai tidak adil - tidak memberi banyak perbezaan dan walaupun mereka cuba untuk menyerang pada akhir perlawanan, kubu Arsenal tetap teguh lebih-lebih lagi selepas gol lewat Smith Rowe.



Arteta menamakan pasukan yang tidak berubah menyusuli kemenangan ke atas Southampton dan kegembiraannya selepas wisel penamat menunjukkan bahawa beliau berpuas hati dengan prestasi pasukannya terutama pemain-pemain muda yang diturunkan.



Selepas permulaan musim yang memberangsangkan, West Ham pimpinan Davis Moyes kini hanya menang satu daripada enam perlawanan terakhirnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >