Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Arsenal pamer ciri-ciri sang juara di hadapan Wenger

'The Gunners' kendalian Arteta teruskan prestasi cemerlang untuk perkukuh kedudukan di tangga teratas liga; Newcastle turut impikan kejuaraan
Dec 28, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata Arsene Wenger "memilih detik yang tepat" untuk kembali ke Stadium Emirates semasa bekas pengurus legenda kelab itu menyaksikan The Gunners membuktikan kehebatan mereka untuk bergelar juara musim ini.



Pasukan muda Arteta bangkit daripada ketinggalan dalam babak pertama untuk menewaskan West Ham United 3-1 untuk melebarkan jurang di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) kepada tujuh mata apabila aksi disambung semula selepas Piala Dunia.



Wenger, yang merupakan pengurus terakhir Arsenal untuk menjulang trofi EPL, pulang ke stadium itu buat pertama kalinya sejak meletakkan jawatan pada 2018.



"Kehadirannya adalah sesuatu yang sangat, sangat dekat dengan kelab bola sepak ini, jadi terima kasih kepadanya kerana datang dan menonton perlawanan kami. Ia sangat bermakna untuk semua orang di kelab ini," kata Arteta.



"Harapan saya melihatnya meluangkan lebih banyak masa bersama kami dan berada di sekeliling kami kerana beliau begitu berpengaruh."



West Ham mendahului kedudukan selepas Jarrod Bowen didapati dikasari William Saliba dalam kotak penalti, membuka peluang kepada Said Benrahma merembat masuk sepakan penalti dengan penuh yakin ke tengah gawang.



Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli mengubah hala tuju permainan dalam tempoh lima minit babak kedua dimulakan sebelum Eddie Nketiah, yang mengisi kekosongan Gabriel Jesus yang cedera, mengesahkan kemenangan.



Arsenal memperluaskan kedudukan mereka di depan liga daripada pencabar terdekat Newcastle, yang melonjak ke tangga kedua selepas menumpaskan Leicester City 3-0 awal kelmarin.



Pengurus Eddie Howe mengakui penyokong Newcastle kini mula mengimpikan peluang merebut kejuaraan EPL selepas kemenangan mereka di Stadium King Power.



Sepakan penalti Chris Wood, jaringan Miguel Almiron dan rembatan Joelinton meletakkan Newcastle di depan menjelang minit ke-32 permainan.



Howe turut gembira melihat momentum anak buahnya sebelum Piala Dunia diteruskan sebaik aksi liga bersambung.



Ia adalah kempen memberangsangkan buat The Magpies dan Howe sedar peminat Newcastle, yang sudah lama mendahagakan kejayaan, mula membayangkan kilauan trofi pertama mereka sejak berdekad lalu.



"Sikap saya tidak akan berubah... saya tidak mempunyai masalah dengan impian dan spekulasi penyokong terhadap apa yang kami mampu capai, begitu juga dengan media, saya tidak boleh mengawalnya.



"Apa yang boleh kami lakukan adalah terus fokus terhadap apa yang kami boleh kawal dan mengekalkan corak latihan serta persiapan kami.



"Kami tidak perlu melihat terlalu jauh ke depan atau mendengar apa yang diperkatakan di luar sana. Fokus kami hanya kepada latihan dan mengharungi perlawanan demi perlawanan.



"Ini adalah liga paling sukar di dunia dan lawan kami sudah pasti sedang memerhatikan dan melakukan persediaan untuk kami, jadi kami juga perlu bersedia," kata Howe.



Buat pertama kali sejak era Kevin Keegan pada tahun 1990-an, Newcastle kini berada dalam kelompok teratas perebutan kejuaraan.



Mereka tidak pernah memenangi trofi utama sejak Piala Inter Cities Fairs 1969, manakala kejuaraan domestik terakhir ialah Piala FA 1955.



Dalam pada itu, Juergen Klopp memuji sikap dan kebolehan pemain 18 tahun, Stefan Bajcetic, yang menjaringkan gol sulungnya di peringkat senior semasa membantu kemenangan 3-1 Liverpool di Aston Villa.



"Dia amat cepat (bersama bola) dan tidak risau tentang apa-apa. Dia hanya bermain bola sepak dan dia mampu melakukannya dengan sangat baik," kata Klopp berkenaan pemain tengah Sepanyol itu, anak kepada bekas pemain Serbia, Srdan Bajcetic.



The Reds cemerlang pada aksi pertama EPL mereka selepas rehat Piala Dunia dan jurang mereka dengan kelompok pasukan empat teratas kini hanya lima mata. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >